Maut Mengecas Handphone

Bahaya Dan Boleh Membawa Maut, Elak 12 Perbuatan Ini Ketika Mengecas ‘Handphone’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sering kali kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku melibatkan golongan kanak-kanak dan remaja malang yang tercedera atau maut ketika mengecas telefon bimbit.

Sebenarnya perkara ini dapat dielakkan sekiranya orang ramai lebih berhati-hati dan cakna mengenai cara penggunaan pengecas ‘handphone’ dengan betul dan selamat.

Seorang jurutera di Woojin Plaimm CO,.LTD, Azizul Zairi telah menyenaraikan 12 perbuatan berikut yang patut dielakkan ketika mengecas telefon.

Jom baca perkongsian yang dibuat di Facebooknya berikut untuk keselamatan bersama.

Maut Mengecas Handphone

JANGAN BAGI ANAK GUNA PHONE KETIKA SEDANG CHARGE.

Seorang remaja di Malaysia terkena renjatan elektrik dan laporan berita memberitahu mangsa menggunakan smartphone semasa mengecas. (New Straits Times, Disember 2018).

Seorang lelaki British berusia 32 tahun ditemui mati di dalam tab mandi. Puncanya ialah dia meletakkan iPhone yang sedang dicas di dadanya apabila gadget itu bersentuhan dengan air. (Disember 2016).

Kita consider cukup hanya memerlukan tujuh miliamp(mA) selama tiga saat ke atas untuk membunuh seseorang. Ditambah lagi keadaan sekitar yang lembap dan berair.

Walaupun bateri handphone membawa voltan yang rendah (bateri litium-ion adalah kira-kira 3.7volt), Selalunya, bateri litium-ion ini akan menjadi terlalu cepat panas, apalagi cas di dalam kereta dalam cuaca panas.

Memasangnya pada charger meletakkan risiko dalam arus terus ke voltan intensiti tinggi daripada soket kuasa.

Ini boleh berbahaya apabila terdapat litar pintas atau ketika current overload.

Untuk mengelakkan renjatan elektrik telefon bimbit:

  1. Jangan mengecas telefon pintar anda di dalam bilik mandi atau berhampiran air. (Termasuk hair dryer dalam bilik air)
  2. Jangan biarkan pengecas bersentuhan dengan air. Bahaya jika berlaku kebocoran arus.
  3. Jangan sekali-kali menggunakan charger dengan wayar yang terkoyak.
  4. Jangan gunakan earphone ketika phone sedang dicas. (Wireless headphone/Bluetooth earphone boleh jadi alternative).
  5. Elak menggunakan fake charger.
  6. Hanya gunakan pengecas OEM (pengilang peralatan asal) untuk phone anda.
  7. Jika anda mengesyaki pengecas adalah palsu, semak pengilang, nombor model dan penilaian voltan. (Elok jangan guna)
  8. Jangan sekali-kali mengecas telefon bimbit anda di atas katil.
  9. Gantikan kabel charger yang rosak dengan segera. Jangan gatal-gatal main balut guna wire tape.
  10. Jangan benarkan anak jawab call atau menggunakan phone semasa ia sedang dicas.
  11. Tindakan terbaik ialah jangan biarkan pengecas dipasangkan apabila ia tidak disambungkan ke handphone.
  12. Cuba tanggalkan sarung/casing phone semasa mengecas. Memang benar semua bateri akan panas ketika dicas, tetapi sarungnya mungkin bertindak sebagai penghalang dan melambatkan pelepasan haba.

Semoga bermanfaat.

Sumber gambar: Google.

BACA: Risiko Mandul – Doktor Nasihatkan Kaum Lelaki Jangan Letak ‘Handphone’ Dalam Poket Seluar!

Sumber: Azizul Zairi