Botol Plastik

Bahaya Bahan Kimia Yang Terdapat Pada Botol Minuman Yang Diperbuat Dari Plastik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selalu kita dengar mengenai risiko kesihatan dan bahaya penggunaan botol air minuman yang diperbuat daripada plastik.

Namun, masih ramai lagi di kalangan kita semua yang sering mengamalkannya tanpa menyedari kemudaratannya yang sebenar.

Di Facebooknya, Dr Mazliana Mazlan ada membuat perkongsian mengenai perkara ini yang sangat perlu diberi perhatian oleh semua khususnya para ibu bapa.

Apakah sebenarnya yang menyebabkan bahan plastik itu menjadi bahaya? Untuk penjelasan lanjut, jom ikuti hantaran yang dibuat oleh Dr Mazliana berikut.

Botol Plastik

Elak anak minum air dalam botol plastik yang kita simpan dalam kereta tengah panas.

Cuba elakkan semampu yang kita boleh.

Botol yang dipanaskan, akan ada bahan kimia yang terhasil. Bisphenol dan antimony. Ia akan terlarut dengan air yang ada dalam botol.

Air dalam botol kita simpan dalam kereta.

Air suam kita tuang dalam botol plastik.

Air botol tertinggal dalam kereta waktu tengahari.

Kita panaskan air dalam kettle plastik.

Bancuh susu dengan air suam dalam botol plastik.

Semua keadaan macam ni, kalau boleh kita cuba elakkan.

Bahan kimia dari botol, boleh buatkan hormon dalam badan anak terganggu. Kacaubilaukan imuniti anak, masalah sistem saraf dan metabolik.

Antara pilihan yang lebih baik, ganti botol anak dari material stainless steel. Korang boleh beli kat sini. https://shope.ee/1fkCSIYYnA

Kita cuba sama-sama ya.

Mazliana Mazlan

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Follow saya di sini jugak.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat

BACA: Rakyat Malaysia Pencemar Plastik Terbesar Di Rantau Asia

Sumber: Mazliana Mazlan