
Bahasa Tubuh Isteri Yang Semua Suami Wajib Ambil Tahu
Bagaikan satu misteri, golongan wanita mempunyai bahasa tubuh mereka yang tersendiri yang sering sukar difahami oleh kaum lelaki. Betul, tak?
Walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga, ramai di kalangan para suami masih gagal bab ini yang kadangkala boleh mencetuskan ‘perang besar’.
Demi kebahagian bersama yang berpanjangan, para suami pula haruslah sentiasa mengalah dan berusaha untuk lebih memahami serta bijak bertindak mengikut keadaan.
Mungkin juga dengan sikap para suami yang sanggup bertolak ansur tanpa mengharapkan ungkapan kata-kata dari para isteri ini sebenarnya merupakan kunci sebenar kebahagiaan rumah tangga.
Perkongsian bermanfaat yang ditulis oleh Marlia Ramli di Facebooknya ini mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk para suami memahami dengan lebih lanjut bahasa tubuh pasangan masing-masing dalam kehidupan seharian.
BAHASA TUBUH WANITA
Tahukah anda, setiap hari isteri anda berkomunikasi melalui bahasa tubuh berbanding kata-kata? Jika dia:
1) Memandang anda ketika anda sedang bercakap – bermakna dia sedang menunjukkan minat.
2) Dia kerap tanya anda di mana? Bermakna dia mengambil berat tentang anda.
3) Dia sentiasa mengadu walaupun hanya setakat semut gigit. Ini bermakna dia mahukan perhatian anda.
4) Bila ucapkan dia teringin ke sesebuah tempat atau bercuti. Bermakna dia mahu meluangkan masa bersama anda.
5) Dia kerap kecil hati jika anda tersalah kata-kata? Ini bermakna dia cintakan anda.
6) Dia kerap merungut tentang cuaca? Dia sekadar mencari topik mahu berbual dengan anda.
7) Dia cemburu hatta anda mendekati sesiapa. Bermakna dia memberitahu hanya dia pemilik anda.
8 ) Dia tiba-tiba mendiamkan diri? Jaga-jaga… Dia sedang terguris dengan anda.
9) Dia bersungguh mahu mencuba makanan kegemaran anda? Bermakna dia sedang menerima anda seadanya.
10) Dia sanggup meminjamkan anda barang kesayangannya. Bermakna anda adalah yang teristimewa.
11) Wanita suka disuapkan makanan dan amat suka jika anda meletak tangan secara spontan di bahunya.
12) Wanita suka anda sentiasa sebut nama dia di hadapan kawan-kawan anda.
13) Wanita rasa selamat jika anda sentiasa reply WhatsAppnya sepantas kilat.
14) Wanita suka pada tiga perkataan: maaf, terima kasih dan saya akan menjaga awak.
15) Semua wanita adalah kuat tetapi kami sengaja downgrade kekuatan kami di hadapan lelaki yang kami cintai.
Ya benar… Wanita banyak bercakap tetapi untuk benar-benar mengenali wanita bukan melalui kata-katanya. Kerana wanita berbicara setulusnya melalui BAHASA TUBUHNYA.
Salam Sayang – yang single sila bertenang.
#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation
BACA: Analisa Kes Johnny Depp vs Amber Heard Dari Seorang Pakar Bahasa Badan Malaysia
Sumber: Facebook Marlia Ramli
Trending now



