
‘Bagpackers’ Tak Malu Tagih Simpati, Wajarkah Orang Ramai Menampung Percutian Mereka?
Satu perkongsian klip video pendek telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok memaparkan aksi pengembara warga asing atau ‘bagpackers’ yang mengundang keresahan orang ramai.
Video pendek berdurasi 8 saat tersebut dikongsikan oleh @hanafisharis yang menyaksikan dua orang warga asing yang sedang duduk di kawasan kaki lima Bukit Bintang sambil menagih simpati dari orang ramai yang lalu-lalang untuk menampung perbelanjaan percutian mereka.
“Hi. I’m traveling the world. Can you support me?/Hello. Saya mengembara ke seluruh dunia. Bolehkah anda menyokong saya?”
Hanya bermodalkan kadbod dengan tulisan tangan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sedemikian, mereka dilihat begitu santai tanpa gangguan meminta sumbangan dari orang ramai dengan menjual cenderahati dan aksesori yang dihasilkan sendiri seperti rantai dan gelang tangan.
Rata-rata netizen menganggap tindakan mereka mengambil kesempatan terhadap sikap pemurah rakyat Malaysia seperti itu adalah keterlaluan lebih-lebih lagi mengambil kira nilai mata wang negara kita ketika ini yang secara umumnya jauh lebih rendah.
Ramai juga berharap agar pihak berkuasa tempatan dapat bertindak segera supaya aktiviti tidak sihat seperti ini dapat dikekang sebelum ianya menjadi lebih parah.
“Orang jemput tourist datang supaya dia orang belanja kat sini, ni terbalik pulak kita bagi dia duit” – Ros Yam835
“Harap-harap pihak DBKL boleh ambik tindakan. Mane boleh cam ni” – Ali ibrahim400
“Bahaya woo niii. Dia orang dah salah gunakan travel pass. Kalau biarkan nanti macam Bali. Orang dia lama-lama akan rude dengan tempatan” – proudlyknowmeasfarah
“Kalau kat negara dia orang try buat macam ni confirm kena halau” – Kamarul Mansor
“Jangan support dia orang… nak travel dunia tapi mintak duit dekat orang haih…” – Daniel Kazuto
Apa pendapat anda? Wajarkah rakyat Malaysia yang pemurah ini menampung perbelanjaan percutian mereka?
BACA: Pernah Tular Terkandas Di Temerloh Sebab PKP, Netizen Dedah Backpacker Rusia Ini Rupanya ‘Scammer’
Sumber: @hanafisharis
Trending now



