Bagi Yang Bujang, Bersabarlah – KKM

Bagi Yang Bujang, Bersabarlah – KKM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kebenaran rentas negeri yang diberikan bermula 1 Jun ini hanya diperuntukkan kepada dua perkara iaitu pasangan terpisah dan sebab-sebab kecemasan seperti urusan kematian, perubatan dan sebagainya. Bagi yang bujang pula masih lagi tiada kebenaran merentas negeri dibenarkan.

“Bagi yang bujang, bersabarlah.”

Dalam satu ciapan malam semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati mereka yang bujang supaya bersabar kerana tidak tergolong dalam golongan yang dibenarkan untuk merentas negeri.

Dr Noor Hisham Doktor Terbaik Dunia
Sumber: Bernama

Di ruangan komen, rata-rata daripada mereka yang bujang mengeluh kerana sudah lama tidak bertemu dengan keluarga susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasa sejak 18 Mac lalu akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19.

Dalam sidang media KKM semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham memberitahu Malaysia kini sudah berada dalam fasa pemulihan akhir selepas pelaksanaan PKP dan PKP Bersyarat yang dikuatkuasakan berjaya menunjukkan hasil.

Beliau turut memberitahu lebih banyak kelonggaran diberikan dalam masa terdekat sekiranya kes harian COVID-19 di Malaysia kekal pada dua angka bernilai rendah atau pun satu digit.

Bagi Yang Bujang, Bersabarlah – KKM
Sumber: Kool FM

Setakat hari ini, Malaysia sudah mencatatkan 7,762 kes positif COVID-19, dengan jumlah kematian seramai 115 orang.

BACA: Saintis Beri Amaran Vaksin COVID-19 Mungkin Tidak Akan Ditemui, Ini Sebabnya

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.