Bagaimana Seorang Bekas Pekerja Kilang Mampu Bergelar Jutawan Hanya Dengan Buka Kedai Runcit Bajet

Bagaimana Seorang Bekas Pekerja Kilang Mampu Bergelar Jutawan Hanya Dengan Buka ‘Kedai Runcit’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bermula daripada menjual barang-barang rumah dengan harga bajet, seorang bekas pekerja kilang berjaya bergelar jutawan kedai runcit.

BACA: Usahawan Air Rampas Status ‘Orang Paling Kaya Di China’ Milik Jack Ma

Menurut laporan Bloomberg Billionaires Index, Miniso Group Holding Ltd yang berpangkalan di China telah mengaut dana sebanyak USD608 juta daripada tawaran awam awal di New York Thursday menjadikan saham 65% Ketua Pegawai Eksekutif, Ye Guofu yang dipegang bersama isterinya bernilai lebih daripada USD4 bilion.

Bagaimana Seorang Bekas Pekerja Kilang Mampu Bergelar Jutawan Hanya Dengan Buka Kedai Runcit Bajet

Di China, 95% daripada produk yang dijual di Miniso bernilai di bawah harga 50 yuan (RM30) menjadikan ianya sebagai lokasi tumpuan belian yang memberikan saingan kepada syarikat barangan bajet dengan seperti Primark UK, Don Quijote Jepun dan Dollar General.

Wabak pandemik COVID-19 mendorong lebih banyak pembelian dalam talian dilakukan ditambah dengan kemelesetan yang berlaku dalam persekitaran ekonomi dunia menyebabkan penduduk lebih banyak mencari barangan yang dijual dengan harga lebih murah.

Menguasai hampir 60% pasaran barangan dagang di China, Miniso yang ditubuhkan pada 2013 oleh Guofu sehingga berjaya menjadi jutawan kedai runcit bersama seorang pereka Jepun, Miyake Junya sudah mempunyai lebih kurang 4,200 cawangan di 80 benua negara di benua Asia, Eropah, Australia, Afrika dan Amerika selepas tujuh tahun bertapak.

Perjalanan Bekas Pekerja Kilang Hingga Mampu Bergelar Jutawan 2

Miniso ditubuhkan dengan mengambil inspirasi daripada kedai jalanan Jepun yang menetapkan harga 100 yen untuk setiap barangan.

Bagi Guofu, frasa ‘semakin tinggi harga, semakin berkualiti produk yang ditawarkan’ hanyalah alasan untuk sesebuah perniagaan menjual produk dengan harga tinggi.

Jadi, dengan matlamat memberi manfaat kepada berjuta-juta penduduk dunia termasuklah golongan bangsawan dan orang kaya, Miniso dikembangkan dengan fokus kepada kualiti berbanding harga.

Sebelum ini, seorang usahawan air telah berjaya merampas status orang paling kaya di China milik Jack Ma.

Zhong Shanshan yang memiliki syarikat air botol Nogfu Spring Co cukup popular dalam kalangan pelabur runcit di Hong namun perniagaan ini bukanlah yang menjadi penyumbang besar kepada status tersebut.