Charli D'Amelio Jana Pendapatan TikTok RM16 Juta

Bagaimana Remaja 16 Tahun Ini Jana Pendapatan Lebih RM16 Juta Dengan TikTok

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak dinafikan, aplikasi TikTok kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat masa kini walaupun sering berhadapan dengan kontroversi.

TikTok menjadi antara pilihan ramai kerana pengguna mudah untuk menghasilkan video kreatif yang menarik untuk dikongsikan kepada umum.

Penggunaannya yang canggih dan sangat mudah digunakan sesuai oleh semua peringkat umur termasuk dalam golongan selebriti dan juga profesional.

Seperti media sosial lain, TikTok juga mampu membuatkan seseorang itu menjana pendapatan dengan hanya menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna.

Baru-baru ini, salah seorang bintang TikTok yang dikenali sebagai Charli D’Amelio menjadi orang pertama yang memiliki lebih 100 juta pengikut di akaun miliknya.

Dengan kelebihan itu, dia dengan mudah mampu menjana pendapatan menggunakan akaun TikTok tersebut sehingga ke hari ini hasil daripada populariti menari.

Menurut The Sun, Charli D’Amelio memiliki 100.7 juta pengikut dan 7.9 bilion tanda suka di akaun TikTok miliknya. Ini menjadikan dia lima kali lebih popular daripada Kylie Jenner dan Ariana Grande dalam platform video pendek.

Bagaimana Charli menjana pendapatan sebegitu banyak di TikTok?

Selain itu, Celebrity Net Worth melaporkan Charli D’Amelio jana pendapatan menerusi TikTok dengan mengenakan bayaran $100,000 (lebih kurang RM409,250) bagi satu hantaran tajaan di TikTok miliknya.

Difahamkan, pendapatan bersihnya kini boleh mencecah sehingga $4 juta (kira-kira RM16,378,000). Jumlah tersebut boleh dikatakan cukup besar untuk pendapatan gadis berumur 16 tahun.

Charli D'Amelio Jana Pendapatan TikTok RM16 Juta
Sumber: Insider

Lain-lain pendapatannya adalah daripada kempen, barangan dan aktiviti lain di luar platform TikTok.

Charli mula memuat naik video pertamanya pada Mei tahun lalu. Sebenarnya, keluarga D’Amelio sudahpun terkenal menerusi kelebihan masing-masing.

Ibu bapa Charli sendiri memiliki pengikut yang ramai di TikTok dan adiknya Charli Dixie mempunyai syarikat rakaman sendiri.

Charli D'Amelio Jana Pendapatan TikTok RM16 Juta
Sumber: MTV

BACA: Selamat Tinggal TikTok? Instagram Bakal Lancar Aplikasi Video Versinya Ogos Ini

Bagaimana TikToker buat duit?

Ada yang kata mereka yang membuat akaun TikTok tidak menjana apa-apa pendapatan seperti akaun media sosial lain.

Tidak perlu keluarkan modal, cara paling mudah adalah membuat perjanjian iklan dengan jenama dan melalui ‘hadiah’ secara langsung dari pengguna.

Mereka yang biasanya tawaran daripada pengiklan adalah pengguna TikTok yang betul-betul terkenal.

Dikatakan pengiklan boleh memberikan pendapatan sekitar RM800 hingga RM80,000 kepada TikToker yang akan mempromosikan jenama-jenama itu dengan konsep mereka sendiri. Padanlah boleh menjana pendapat lumayan dengan cepat.

Selain itu, TikToker juga menjana pendapatan melalui penerimaan ‘hadiah’ wang daripada peminat mereka.

Jika dibuat dengan betul dan secara serius, ia mampu memberikan impak yang besar seperti apa yang telah dibuktikan oleh Charli.

Sumber: Sinar Plus,Iluminasi