
Bagaimana ‘One Piece’ Berjaya Bantu Dalam Menaikkan Ekonomi Jepun?
Kaitan One Piece dan ekonomi Jepun?
One Piece yang berasal dari Jepun merupakan salah satu anime yang berjaya mencipta nama bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga di dunia.
BACA: Netflix Umum Bakal Hasilkan Siri ‘Live-Action’ One Piece Sebanyak 10 Episod
Pertama kali diperkenalkan pada Julai 1997 dalam majalah Weekly Shonen Jump isu ke-34, keunikan tema dunia lanun yang ada dalam One Piece berjaya memikat penggemar anime – tidak tipikal, ada unsur komedi menghiburkan dan nilai-nilai positif yang memberi kesan.
Diasaskan oleh Eiichiro Oda ketika baru berusia 19 tahun, Oda berjaya mencipta One Piece sebagai karya agungnya dengan pengalamannya sebagai pembantu artis komik selama tiga tahun iaitu dari 1994 hingga 1997.
Biarpun sudah 23 tahun dalam industri, One Piece tetap mencipta rekodnya yang tersendiri. Setakat November 2020, One Piece berjaya mencipta jumlah keuntungan lebih USD20.9 bilion menjadikan Oda antara penulis yang terkaya di dunia.
Pada tahun 2016, Oda telah mendermakan sebanyak USD7.7 juta di bawah namanya dan Monkey D. Luffy (watak utama One Piece) sebagai langkah memulihkan wilayah Kumamoto yang dilanda gempa bumi yang menyebabkan kemusnahan pada bandar dan bandar tempatan.
Terharu dengan sumbangan Oda, patung Luffy dan lapan rakannya dibina di sekitar wilayah Kumamoto yang mana setiap satunya dianggarkan bernilai USD96,272.80.
Selepas siap dibina, nyata patung-patung ini berjaya menarik peminat anime One Piece dari dalam dan luar negara untuk datang melancong ke wilayah ini, secara tidak langsung membantu wilayah menjana pendapatan daripadanya yang mana pada setiap tahun dianggarkan keuntungannya beratus kali ganda daripada modal pembuatannya.
Secara tidak langsung, One Piece sebenarnya membantu dalam meningkatkan ekonomi Jepun!
Sumber:
1. Kay Suhaimi
2. Mainichi
3. The Guardian
Trending now



