Jana Pendapatan Sewa Diri Tak Buat Apa

Bagaimana Lelaki Ini Mampu Jana Pendapatan Dengan Tidak Berbuat Apa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lelaki Ini Mampu Jana Pendapatan Dengan Tidak Berbuat Apa

Salah satu cara yang boleh mendapatkan wang untuk memenuhi keperluan seharian, tentu saja dengan bekerja.

Mungkin tiada perkara yang pelik pada masa kini, ada sahaja cara manusia boleh menjana pendapatan walaupun kaedahnya mungkin agak pelik dan tak masuk akal.

BACA: Lelaki Ini Jana Pendapatan RM316,000 Setahun Dengan Iklankan Tangan

Pernah dengarkah perkhidmatan menyewa diri kepada orang lain untuk tidak melakukan apa-apa? Adakah orang lain mahu menggunakan perkhidmatan tersebut?

Ya, itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Jepun apabila dia kini menjana pendapatan dengan menyewakan dirinya untuk ‘tidak berbuat apa-apa’.

Selama dua tahun Shoji Morimoto, 37 tahun, membuat duit dengan cara menyewakan dirinya sebagai seorang yang boleh menjadi teman makan dan minum atau memberi maklum balas biasa, tetapi tidak lebih dari itu.

Shoji merupakan graduan lepasan ijazah sarjana dari salah satu universiti terkemukan di Jepun, Universiti Osaka.

Sebelum ‘bekerja’ sebagai Mr Rental, Shoji bekerja di sebuah pejabat selama tiga tahun sebagai editor buku.

Tetapi merasa tidak sesuai sebagai orang pejabat, dia kemudian memutuskan untuk mengundurkan diri. Dia kemudian muncul idea untuk menyewa dirinya sebagai peneman orang lain.

Pada mulanya, dia memberikan perkhidmatan secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan pekerja untuk tidak buat apa-apa, tetapi dia kini mengenakan bayaran 10,000 yen (RM 385) untuk setiap permintaan yang diterima kerana terlalu banyak tempahan.

Jana Pendapatan Sewa Diri Tak Buat Apa

“Saya tawarkan diri saya untuk disewa sebagai seorang individu yang tak berbuat apa-apa. Anda sukar masuk ke kedai runcit seorang diri? Anda kekurangan pemain dalam pasukan? Anda mahu seorang peneman? Saya tak boleh buat banyak perkara melainkah hanya perkara ringkas,” tulisnya di laman Twitter sebagai pemulaan perkhidmatannya.

Menurut Shoji, pelanggan menyewa dirinya untuk pelbagai alasan, tetapi rata-ratanya hanyalah perkara biasa seperti makan tengah hari bersama, menemani seseorang ke proses penceraian, dan mendengar rintihan mereka yang bergelut dalam pekerjaan.

Namun, ada salah seorang pelanggannya menggunakan perkhidmatan Shoji dengan menceritakan bagaimana dia melakukan pembunuhan.

Menariknya, pekerjaan yang dilakukan Shoji ini menjadi terkenal sehingga kisahnya telah diadaptasi sebuah drama televisyen yang berjudul ‘People Who Do Not Rent’.

Sumber: The Mainichi