
‘Bagaimana Keluarga Anda Jadi Kaya Raya?’ Soalan Sinis TMJ Buat Cucu Mahathir Terdiam
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor.
Cucu bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan salah seorang anak Mukhriz telah membuat satu hantaran di laman sosial Twitter menyoal tentang dari mana TMJ memperolehi wang yang sering disumbangkan kepada rakyat negeri Johor oleh keluarga Diraja Johor itu.
“Dari mana anda (Tunku) mendapat duit boss?” soal Serena ringkas.
Walau bagaimanapun, ciapan Melia Serena Mukhriz telah ‘menjerat diri sendiri’ kerana persoalannya itu dibidas TMJ dengan menyatakan kekayaan Sultan Johor bermula seawal tahun 1885 lagi, malah turut ‘dinasihati’ netizen.
“Alhamdulillah, berkat berniaga sejak 1885, kami dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah. Malah hadiahkan kerajaan British sebuah pesawat sebelum datuk kamu lahir lagi.
“Sekarang boleh saya tahu bagaimana keluarga anda menjadi begitu kaya? Hanya ingin bertanya kerana saya juga mengimpikan menjadi seorang yang kaya raya seperti keluarga anda. Saya berharap mereka sudi mengajarkan saya,” bidas Tunku Ismail secara sinis.
Alhamdulillah, berkat berniaga since 1885, we’re blessed by good fortune. Even hadiahkan Brit Govt aeroplanes before yr grandfather was born. Now may i knw how yr fam became so rich? Just a ? because I dream of being as rich as yr Fam. I hope they wld be so kind to teach me. https://t.co/eNB6sUjqu0 pic.twitter.com/FJLpo5e052
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 10, 2020
TMJ turut memuat naik beberapa keping gambar bagi membuktikan ciapannya itu.
Ia bermula apabila TMJ menerusi Instastory menegur pihak-pihak tertentu yang masih gila kuasa padahal semuanya sudah kaya-raya, yang dipercayai ditujukan kepada ahli politik ketika ini.
Mungkin kerana tidak tahan dan tidak mampu menjawab pertanyaan TMJ, Serena hanya menyalahkan tentera siber.
“Cyber troopers at it again,” ciapnya.
Memetik sumber Suara.TV, Majalah Bisnes Forbes Asia menyenaraikan salah seorang anak Mahathir merupakan antara lapan orang Melayu terkaya di Malaysia dengan jumlah harta sebanyak USD308 juta untuk tahun 2020.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak pernah mendedahkan satu demi satu kontrak yang diperoleh anak-anak Tun Mahathir sewaktu Tun menjadi Perdana Menteri.
Trending now



