Bagaimana Filem ‘Skater Girl’ Berjaya Bina Taman Skateboard Di Kampung Ini Sebelum Penggambaran Tamat 3

Bagaimana Filem ‘Skater Girl’ Berjaya Bina Taman Luncur Antara Yang Terbesar Di India?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem Skater Girl baru sahaja ditayangkan di Netflix.

Dengan genre inspirasi, Skater Girl menjadi salah satu filem yang berjaya menghidupkan impian kanak-kanak yang hidup miskin di sebuah kampung di India.

BACA: ‘Gunjan Saxena: The Kargi Girl’, Filem Inspirasi Yang Diadaptasi Daripada Kisah Benar

Dengan latar belakang di sebuah kampung terpencil di Rajasthan, India, filem ini mengisahkan mengenai Prerna (lakonan Rachel Saanchita Gupta), seorang gadis yang terikat dengan tradisi dan budaya yang ‘mengikat’ kebebasan wanita.

Dalam satu kejadian, Prerna bertemu dengan Jessica yang datang dari London tetapi ayahnya merupakan rakyat India.

Bagaimana Filem ‘Skater Girl’ Berjaya Bina Taman Skateboard Di Kampung Ini Sebelum Penggambaran Tamat 2

Bermula dengan perkenalan tersebut, Jessica memperkenalkan pengembaraan baharu kepada anak-anak kampung tersebut sehinggalah datangnya Erick yang memiliki kemahiran bermain skateboard memperkenalkan permainan itu kepada mereka.

Anak-anak kampung mula berminat dan tergila-gilakan permainan ini.

Bagaimana Filem ‘Skater Girl’ Berjaya Bina Taman Skateboard Di Kampung Ini Sebelum Penggambaran Tamat 1

Namun malangnya, aktiviti ini tidak disukai penduduk kampung yang kemudiannya meletakkan undang-undang mengharamkan aktiviti skateboard di sekitar kampung.

Tidak mahu mematahkan impian dan harapan anak-anak kampung, Jessica mendapat idea mengapa tidak mereka bina satu taman yang khas untuk sukan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, taman luncur yang dibina dalam filem ini benar-benar dibina semasa penggambaran berlangsung dengan tempoh pembinaan selama 45 hari.

Ia merupakan taman luncur pertama di Rajastan dan antara yang terbesar di India.

Kini ia menjadi taman komuniti yang membantu gadis-gadis menggapai impian mereka dan dikunjungi ratusan pengunjung setiap hari.

Selain daripada filem ini, ada satu lagi filem bertemakan kebebasan wanita di India yang diadaptasi daripada kisah benar yang menarik untuk ditonton iaitu Gunjan Saxena: The Kargi Girl.

Biarpun diperkecilkan kerana kerjaya ini majoritinya dikuasai lelaki, Gunjan tanpa berputus asa dengan dorongan ayahnya meneruskan minatnya dalam bidang penerbangan.