
Bagaimana China Mampu Jadi Antara Negara Tertinggi Dalam ‘Ranking’ Olimpik
Bagaimana China mampu jadi negara tertinggi dalam ranking Olimpik?
Bemula dengan diplomasi Ping Pong pada tahu 1970-an yang mana berlakunya pertukaran pemain ping pong antara Amerika Syarikat dan China mencetuskan ketegangan Perang Dingin, China telah menggunakan sukan sebagai medium untuk mereka mencapai kehormatan.

Ketika Beijing terpilih untuk Olimpiad 2008, mereka melancarkan Projek 119, salah satu inisiatif untuk meraih 119 pingat emas yang gagal diraih semasa 2000.
Selepas 12 tahun, impian untuk mendominasi Olimpik sehingga ke hari ini masih lagi menjadi buruan rakyat China.



Seawal usia tiga tahun, ada yang sudah berlatih dan dilatih dengan keras untuk menggapai impian ini.
Kebanyakannya adalah daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Mereka melihat sukan adalah tiket untuk mereka keluar daripada kemiskinan.
Biarpun cuma menang pada peringkat percubaan awal di Olimpik, mereka akan diberi peluang untuk tinggal di bandar bersama status yang sesuai dengannya.
BACA: Menang Emas Di Olimpik, Lembu & Premis Bakso Antara Hadiah Yang Menanti Atlet Indonesia
Berbeza dengan mereka yang datang daripada keluarga berpendidikan, ibu bapa tidak cenderung untuk menggalakkan anak-anak mereka menyertai sukan kerana pendidikan di sekolah sukan berasrama tidak begitu baik.
Fokus utama mereka adalah latihan sukan dan bukannya silibus pendidikan.
Dalam data yang dikeluarkan pada tahun 2013, seramai 51,000 atlet dilaporkan berjaya menyertai pasukan sama ada di peringkat kebangsaan atau wilayah dan 11,000 atlet terus bertanding untuk mendapat tempat di peringkat Olimpik.
Dan pada tahun itu juga, China membelanjakan hampir USD600 juta dalam usahanya untuk sukan dan latihan sahaja.
Lihat sahajalah bagaimana China buat masa sekarang (Olimpik Tokyo 2020 belum berakhir) berjaya mengetuai senarai di ranking Olimpik Tokyo 2020 dengan pulangan 38 pingat emas, 29 pingat perak dan 17 pingat gangsa dan dihormati sehingga digelar sebagai negara pengeluar atlet.

Sukan juga menjadi pendorong untuk penerjun cilik China ini meraih tiga kali terjunan pefect 10.
Quan yang baru berusia 14 tahun merupakan atlet termuda China di Tokyo mengumpul pingat emas ke-33 buat negaranya, dengan mencatat mata keseluruhan menakjubkan 466.20 mata.
Dia menjadi atlet China kedua termuda yang memperolehi pingat emas Olimpik dalam acara terjun selepas Fu Mingxia yang mencatat sejarah memenangi pingat emas acara 10m platform di Olimpik Barcelona 1992 pada usia 13 tahun.
Baca lanjut di: Tiga Kali ‘Perfect 10’, Hasrat Biayai Rawatan Ibu Dorong Penerjun Cilik Dari China Raih Emas
Sumber: Insider