KKM Tiada Kuasa Larang Pemandu Mabuk

‘Bagai Melepaskan Anjing Tersepit’ – Doktor Kongsi Kisah Pemandu Mabuk Mahu Saman Hospital

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Doktor Kongsi Kisah Pemandu Mabuk Mahu Saman Hospital

Insiden kemalangan maut yang semakin menjadi-jadi melibatkan pengguna jalan raya tidak bersalah akibat sikap pemandu mabuk perlu dipandang serius dan sudah tiba masanya kerajaan memperketatkan dan menambah hukuman sedia ada terhadap pelaku terbabit.

Pada masa ini, kemalangan jiwa berpunca daripada individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Berikutan itu, ramai pihak menuntut ‘hutang nyawa seharusnya dibayar dengan nyawa’ khususnya kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

Seorang doktor menerusi hantaran Facebook bersetuju individu yang cedera dalam kemalangan akibat berada di bawah pengaruh alkohol perlu dikenakan hukuman berat termasuk dihalang menerima subsidi perubatan kerajaan.

Beliau yang merupakan seorang pakar bius dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang pernah berdepan kes kemalangan akibat pemandu mabuk berkata, ia wajar bagi memberi keinsafan kepada orang ramai.

Dr Nurilyani Bujang berkongsi pengalamannya berdepan bekas pesakit yang mengugut akan ‘menghantar peguam’ jika aduannya tidak dilayan. Individu terbabit mendakwa kononnya berlaku kecuaian daripada pihak hospital sehingga menyebabkannya mengalami kecacatan kekal.

Menurut Nurilyani, situasi itu bagai melepaskan anjing yang tersepit.

Doktor Kongsi Kisah Pemandu Mabuk Saman Hospital

“Si pengadu adalah pemandu mabuk yang melanggar sebuah kereta sehingga ada ahli keluarga yang tidak bersalah itu mati.

“Dia tenat dan dibawa ke hospital. Berbulan dia duduk di hospital sehingga akhirnya boleh bergerak menggunakan kerusi roda.

“Setelah pulang ke rumah (dengan bil yang telah diberi subsidi), beliau menghantar pula ugutan kepada kami,” katanya.

Menyifatkan ia sebagai pengalaman pahit, Dr Nurilyani berkata tindakan bekas pesakit itu adalah tidak wajar selepas pihak hospital berusaha sebaik mungkin menyelamatkan nyawanya.

“Tolonglah, sudah cukup kami (para doktor) menjadi saksi segala aniaya yang dilakukan si pemabuk tak sedar diri ini,” luahnya.

Isteri kepada mangsa yang maut akibat dilanggar pemandu mabuk mohon hukuman setimpal

Isteri kepada mangsa yang maut akibat dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian Isnin lalu, memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap pemandu yang menyebabkan kemalangan sehingga meragut nyawa suaminya.

Dia berharap kerajaan memperkasakan undang-undang berkaitan pemandu di bawah pengaruh alkohol dengan menambah baik undang-undang dan peraturan berkaitan.

“Saya berharap sungguh biarlah suami saya ini mangsa yang terakhir, jangan ada lagi selepas ini. Walaupun nyawa dibalas dengan nyawa sekali pun ia tidak mampu kembalikan suami saya.”

Sumber: Nurilyani Bujang