
Bagai ‘Kaduk Naik Junjung’, Etnik Rohingya Kini Tuntut Hak Sama Rata Kerakyatan Dan Pendidikan
Bagai kaduk naik junjung, itu peribahasa sesuai untuk etnik Rohingya di Malaysia.
Kerana mengamalkan sikap keterbukaan, Malaysia sering kali menjadi lokasi pendatang asing sama ada secara halal atau haram.
Kerajaan Malaysia beberapa hari lalu telah dikritik beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana menolak sebuah kapal pukat yang dipenuhi dengan beratus-ratus rakyat etnik Rohingya.
BACA: Isu Pelarian Rohingya: Pilihan Atas Dasar Kemanusiaan Atau Keselamatan Negara?
Memilih untuk mementingkan keselamatan negara susulan bimbang kumpulan tersebut bakal membawa kepada munculnya kluster baharu wabak pandemik COVID-19 di Malaysia.
Telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia, rata-rata menyifatkan kumpulan etnik ini sebagai kaduk naik junjung kerana baru-baru ini Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) telah menghantar memorandum bagi menuntut hak sama rata yang sama seperti rakyat Malaysia.
Hak ini termasuklah hak kerakyatan dan hak pendidikan dengan alasan warga Rohingya telah banyak menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan di Malaysia.
Bagai kaduk naik junjung
Memo yang diserahkan oleh Presiden MERHROM, Zafar Ahmad Abdul Ghani bukan sahaja menggesa kerajaan Malaysia agar memberikan dokumen kepada mereka supaya dapat bekerja secara sah tetapi juga turut menuntut beberapa perkara lain antaranya:
- meminta agar kebenaran bekerja diberikan kepada pelarian Rohingya mengikut sektor pekerjaan yang bersesuaian,
- mewajibkan majikan menginsurankan pelarian yang bekerja dengan mereka,
- mengurangkan kos rawatan dan merawat pencari suaka bagi kes berisiko, dan
- tidak menangkap pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan.
Turut menuntut agar hak pendidikan anak-anak Rohingya dijamin, setakat hari ini kanak-kanak Rohingya yang berada di Malaysia hanya mendapatkan pendidikan tidak formal yang diuruskan oleh NGO.
Merasakan tuntutan tersebut adalah tidak relevan dengan status mereka sebagai ‘pelarian’, rakyat Malaysia menafikan bukan tidak mahu kerajaan membantu atas dasar kemanusiaan namun memikirkan kumpulan ini lebih banyak membawa mudarat daripada kebaikan kepada Malaysia.

Akhir Januari 2018, Zafar memberitahu sudah tiba masanya untuk anak-anak Rohingya memasuki sistem pendidikan lebih tersusun kerana sudah tinggal lama di Malaysia dan tidak tahu bila boleh kembali pulang ke Myanmar.
Malah beliau turut meminta agar Malaysia terus menerajui isu Rohingya di peringkat ASEAN,Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) dan antarabangsa kerana Malaysia merupakan negara pertama yang menyuarakan isu pelarian Rohingya di Asia.
Setakat hari ini, data menunjukkan sekitar 150,000 pelarian Rohingya sudah berada di Malaysia. Ini data yang ‘halal’ bagaimana pula dengan yang masuk secara haram?
Sebagai pendapat, tidak salah membantu atas dasar kemanusiaan namun Malaysia perlu lebih tegas menangani mereka ini supaya isu yang menuntut hak sama rata seperti hak yang diterima rakyat Malaysia kepada golongan ini tidak lagi berlaku.
Memo penuh tuntutan boleh anda baca dalam gambar di bawah:
Trending now



