
Baca Surat Khabar Di Taman Awam Seorang Diri Tanpa Pelitup Muka, Warga Emas Dakwa Dikompaun RM1,000
Seorang warga emas, Lee dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalah tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak.
Menurut sumber Malaysia Gazette, beliau didapati membaca surat khabar secara berseorangan di taman awam berhampiran rumahnya di Klang, Selangor sebelum didatangani seorang anggota polis.
BACA: Tetap Utamakan SOP, Perompak Pakai Topeng Muka Dan Guna ‘Hand Sanitizer’ Sebelum Merompak
Menjelaskan beliau terlupa membawa pelitup muka ketika keluar rumah dan taman awam juga kosong tanpa pengunjung kecuali dirinya.
Bagaimanapun alasan itu tidak diterima dan polis berkenaan menasihatinya supaya mengemukakan rayuan di Pejabat Kesihatan Klang.
Lee yang tidak tahu memandu kereta dan menunggang basikal hanya boleh berkunjung ke sebuah klinik kesihatan kerajaan berhampiran tetapi sekali lagi diminta untuk pergi ke Pejabat Kesihatan Klang yang boleh dicapai dengan satu jam perjalanan jika menggunakan basikal.

Mengakui memang beliau bersalah dan bersedia untuk bertanggungjawab kerana tidak mematuhi SOP, Lee bagaimanapun meminta agar kompaun dikurangkan atau dibenarkan untuk membuat bayaran secara ansuran kerana beliau kini hanya bergantung kepada pendapatan RM305 sebulan sebagai guru tuisyen selepas bersara daripada bekerja di bank.
Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, beberapa pemimpin komuniti termasuk Ahli Majlis Perbandaran Klang telah menghubungi peguam untuk memberi bantuan guaman kepada Lee.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah klang Utara, Nurulhuda Mohd Salleh semalam menafikan sekerasnya kenyataan lelaki berkenaan dalam satu kenyataan media semalam.
Trending now



