
Baca Perkongsian Pesakit COVID-19 Tentang Simptom Yang Dialaminya
Setakat hari ini, sebanyak 198,255 kes positif pandemik COVID-19 telah dicatatkan di seluruh dunia dengan lebih 7,000 kematian, namun kes pesakit yang disahkan sembuh semakin meningkat iaitu lebih 80,000 pesakit. Salah seorang pesakit COVID-19 yang sembuh telah berkongsi pengalaman simptom yang dialaminya.
Chris Gough iaitu seorang pakar bius di sebuah Hospital Universiti Oxford, UK berkongsi simptom-simptom yang dialaminya di laman sosial Twitter. Perkongsian tersebut mendapat lebih 300 ribu tanda suka dan lebih 120 ribu ulang kicau.

Baca perkongsian doktor yang turut menjadi salah seorang pesakit COVID-19 ini.
Hari Pertama
Seharian menggigil dan berpeluh. Alami kepenatan melampau, sakit seluruh badan, hilang selera makan dan suhu badan mencecah 38.5 darjah celcius.
Mula batuk pada waktu tengah hari. Batuk tidak teruk tetapi mampu menjejaskan produktiviti. Terasa dada tidak selesa. Pada masa yang sama, saudara lelakinya juga menunjukkan gejala yang serupa.
The cough started in the afternoon.
Not a bad cough, and not productive. But just there every now and again to remind me that my lungs were also not happy.
I found out my brother (who I spent the proceeding week with) is unwell with similar symptoms. (4/n)
— Chris Gough (@GoughCJ) March 16, 2020
Hari Kedua
Ujar Chris, mula berasa tidak bertenaga. Seluruh badan menggigil dan berpeluh tetapi tidak seteruk pada hari pertama. Sudah mula rasa sakit kepala. lemah dan tiada selera makan.
D3: Feeling worse. Headache and fatigue worse.
Cough less frequent. Appetite improving but far from normal.
Another day of frequent naps & predominantly horizontal state.
Had to help with childcare in the evening – either baby has doubled in weight or I'm half as strong (6/n)
— Chris Gough (@GoughCJ) March 16, 2020
Hari Ketiga
Diri terasa semakin teruk dengan sakit kepala dan kepenatan yang menjadi-jadi, namun simptom batuk berkurangan dan selera makan kembali pulih.
Hari Keempat
Walaupun batuk semakin kurang dan sakit kepala sudah jarang, tetapi seluruh badan masih terasa lemah dan menyebabkan hilang selera makan.
Sementara itu, saudara lelakinya juga semakin baik namun teman wanitanya pula mula menunjukkan gejala.
D5: Still pretty tired.
No headaches any more. Appetite up to 1/2 or 2/3 of normal.
Still no desire to leave the bed/sofa, let alone the house, which is fortunate since I still have 2 days of self-isolation to go. (8/n)
— Chris Gough (@GoughCJ) March 16, 2020
Hari Kelima
Simptom sakit kepala tiada namun badan masih terasa penat sehingga tiada kudrat untuk bangun dari katil walaupun selera makan meningkat semula hingga 1/2 atau 2/3 dari kebiasaan.
Hari Keenam
Kata Chris, keadaannya semakin baik tetapi kurang bertenaga.
That is as far as I have made it (so far).
If you meet the criteria (temp [>37.8] or a new cough), please follow the advice and self-isolate.
Protect your patients.
Protect your colleagues.
Protect your friends and family.
Protect yourself. (10/10).— Chris Gough (@GoughCJ) March 16, 2020
Pada akhir bebenang, beliau menasihati bagi sesiapa yang mempunyai gejala seperti yang dikongsikan (termasuklah demam melebihi 37.8 darjah celcius atau batuk) perlu mengkuarantinkan diri secara suka rela dan mematuhi pesanan penjagaan kesihatan.
Marilah kita bersama-sama mengekang gejala ini dengan mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan dan patuhi saranan KKM.
Sumber: Chris Gough