Baca Buku Simpulan Bahasa Masa Dating, Babak Video Parodi MV Peluang Kedua Curi Perhatian

Baca Buku Simpulan Bahasa Masa ‘Dating’, Babak Video Parodi MV Peluang Kedua Ini Curi Perhatian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baca buku simpulan bahasa masa dating, babak video parodi MV Peluang Kedua ini curi perhatian.

Sudah dua minggu dimuat naik, video muzik lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali mencipta fenomenanya yang tersendiri dengan jumlah tontonan kini sudah melebihi 11 juta.

Menampilkan MK K-Clique sebagai ‘penyeri’ video, video ini banyak menerima cover sama ada dalam kalangan artis mahupun rakyat marhaen.

Yang terbaharu, parodi di saluran YouTube Mask Team mendapat perhatian apabila menampilkan bintang cilik seiras Neelofa, Che Naura Auni atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Neelofa Junior’ yang digandingkan bersama Adam Ghadafi.

Melakonkan semula babak-babak di dalam video muzik sebenar, keletah keduanya mengundang rasa lucu dalam kalangan netizen kerana mimik muka keduanya yang dirasakan terlampau polos.

cats 3

Tapi ada beberapa babak yang dilakonkan semula sesuai dengan umur mereka mengundang rasa geli hati netizen.

Antaranya babak memandu kenderaan di minit ke 1:22 yang mana ketinggian Adam jelas tidak sampai untuk melihat ke luar kenderaan dan babak dating yang memperlihatkan Adam baca buku Simpulan Bahasa di minit 2:05.

Baca Buku Simpulan Bahasa Masa Dating, Babak Video Parodi MV Peluang Kedua Curi Perhatian

Baca Buku Simpulan Bahasa Masa Dating, Babak Video Parodi MV Peluang Kedua Curi Perhatian

Terdahulu, drama sensasi 7 Hari Mencntaiku 2 yang menggandingkan Siti Saleha dan Shukri Yahya sebagai pelakon utama mencipta fenomena luar biasa apabila menjadi sebutan orang ramai.

BACA: Parodi Drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ Bikin Dekah, Dapat Perhatian Tok Ti

Daripada babak hinggalah ke OST, ramai netizen yang berkongsi video parodi bagi tontonan umum. Antara kreativiti yang bikin dekah ialah babak OST Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Tok Ti.