
Babi Hutan Ini Jadi Perhatian Kerana Tak Mahu Tidur Jika Tiada Bantal, Selimut
Kita pasti tahu bahawa memelihara haiwan liar seperti babi hutan sebagai haiwan kesayangan adalah tidak sesuai kerana boleh mengancam keselamatan pemilik dan orang ramai jika ia terlepas, serta boleh menganggu keselesaan jiran yang tinggal berhampiran.
Namun, situasi kali ini berbeza apabila seekor babi hutan memiliki tingkah laku aneh sehingga menjadi bualan hangat penduduk Kampung Karang Waru, Sumatera Selatan kerana ia memerlukan bantal dan selimut untuk tidur.
Macam manusia pula!
Menurut laporan Detik News, haiwan itu terpaksa dipelihara oleh sebuah keluarga di di situ kerana enggan pulang ke habitat asal walaupun berulang kali diusir.
Penjaga haiwan itu yang dikenali sebagai Reno, 34, berkata, babi hutan betina itu mengalirkan air mata seakan-akan menangis dan enggan tidur jika tiada bantal serta selimut.
“Ia sudah berada di sini sejak tiga malam lalu dan babi ini hanya akan tidur jika diberikan bantal dan selimut.
“Saya beberapa kali cuba mengusirnya tetapi babi ini tidak mahu kembali ke hutan. Justeru, saya peliharanya kerana simpati,” kata Reno.
Menurut, ketua Kampung Karang Waru, Arwan mengakui haiwan tersebut sangat jinak.
Perlakuan pelik haiwan ini selain tidak mahu tidur tanpa bantal dan selimut, ia juga enggan makan tanpa nasi dan susu.

Reno dilaporkan ke hutan untuk mengambil air di kawasan mata air berhampiran rumahnya sebelum babi itu tiba-tiba muncul dan mengekorinya pulang.
Dalam pada itu, difahamkan hutan tersebut adalah lokasi haiwan berkenaan berkeliaran untuk mencari makanan dan menjadi populasi tinggi untuk hidupan liar itu.
Berkemungkinan berhampiran dengan kampung, haiwan tersebut tidak gentar apabila melihat manusia, sebaliknya terlalu jinak.
Haiwan itu kini menjadi tontonan penduduk kampung kerana ingin melihat tingkah laku anehnya dan kisahnya juga tular di laman sosial Indonesia.
Sumber: Detik News