Babi Hutan Masuk Malaysia 1

Babi Hutan Indonesia Berenang Seberang Selat Melaka Ceroboh Masuk Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang tidak tahu, babi hutan sebenarnya pandai berenang!

Kelibat babi hutan dapat dilihat menceroboh masuk ke Melaka melalui cara berenang dari Sumatera di Selat Melaka.

Disebabkan itulah, populasi babi-babi hutan dalam spesis haiwan liar ini dilihat semakin meningkat di negeri Melaka.

Pulau Besar merupakan destinasi pilihan utama babi hutan ini untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Ujong Pasir dan kawasan pantai lain.

Babi Hutan Masuk Malaysia

Sekiranya tidak dikawal, populasi babi hutan ini mampu mengatasi jumlah penduduk setempat sehinggakan dikhuatiri akan membawa bahaya.

Sehubungan itu, Jabatan Perhilitan Negeri Melaka kini sedang menjalankan program bagi menghapuskan sejumlah besar babi hutan yang ada dengan membawa masuk tiga penembak tepat.

Sumber: MalaysiaKini

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1c27hZHv_M/