Tarian Siva Tau Hobbs & Shaw

Babak Tarian Dalam ‘Fast & Furious: Hobbs & Shaw’ Bukan Haka Tapi…

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Minggu ini sedang hangat ditayangkan filem aksi Fast & Furious: Hobbs & Shaw. Pelbagai reaksi peminat yang sudah menonton tayangan filem ini yang berlangsung pada 1 Ogos lalu.

Sebelum mengulas lebih lanjut, ini adalah spoiler bagi anda yang belum menonton filem gandingan The Rock dan Jason Statham.

BACA: Ulasan Filem: ‘Fast & Furious: Hobbs & Shaw’

Filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw bukan hanya mempamerkan aksi bertempur yang tidak masuk akal, tetapi juga menampilkan beberapa adegan budaya Samoa.

Sedikit info: Negara Samoa terletak di lautan pasifik, tidak jauh daripada Australia dan New Zealand. Kepulauan Samoa terdiri daripada Samoa dan Samoa Amerika.

Jika anda perasan, terdapat adegan Hobbs melakukan tarian kelihatan seperti tarian Haka bersama adik-beradik dan keluarganya sebelum bertempur dengan musuhnya, Brixton.

Tarian Siva Tau Hobbs & Shaw

Ramai yang beranggapan adegan tarian itu merupakan tarian Haka. Sebenarnya, tarian tersebut adalah tarian tradisi atau war dance yang dilakukan sejak turun-temurun bagi orang Samoa sebelum melakukan apa-apa cabaran atau perang.

Jika di New Zealand ia dipanggil tarian Haka, di Samoa tarian pertempuran ini dipanggil Siva Tau dan pastilah gerak tarinya berbeza daripada tarian Haka.

Menariknya dalam filem ini, kemunculan sepupu Dwanye Johnson sendiri iaitu Roman Reigns sebagai adik kepada Hobbs. Roman juga sebenarnya merupakan ahli gusti terkenal yang kini menyambung legasi The Rock. Maksudnya, dalam filem ini banyak menampilkan budaya keturunan The Rock sendiri.

Tarian Siva Tau direka khas untuk filem ini dengan bantuan perunding budaya kaum Samoa.

https://www.instagram.com/p/BtEaa8HhfWx/?utm_source=ig_embed

“Ia adalah cara kami menghormati budaya yang saya bangga dan bertanggungjawab untu mengajar saya nilai budaya ini,” kata Dwayne Johnson kepada wartawan The Times.

“Kami sentiasa mahukan filem-filem ini mencerminkan dunia dan budaya,” kata penulis skrip Fast and Furious, Chris Morgan.

Sudah tahu ini, jangan tersilap anggap pula tarian pertempuran dalam adegan Fast & Furious: Hobbs & Shaw ya.

 

Pelancaran JStarS dan KOLS.

JStarS Group and KOLS : Grand Launch

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.