
Babak Pelakon Tamil Pakai T-Shirt Kedah Bukti ‘Kedah Serata Rata’ Buat Netizen Terhibur
Babak pelakon Tamil pakai t-shirt Kedah bukti ‘Kedah serata rata ‘ buat netizen terhibur.
Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Ugama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata
Mula dimainkan secara rasmi pada 22 Mac 1937, lagu Allah Selamatkan Sultan yang ditulis oleh Tuan Syed Abdullah Shahbuddin merupakan lagu kebanggan negeri Kedah. Mempunyai lirik yang ringkas tapi padat, cerita ini membuktikan baris lirik akhir lagu tersebut adalah benar.

Tular di laman media sosial Twitter satu babak yang memaparkan seorang pelakon Tamil memakai tshirt yang jelas dicetak dengan perkataan KEDAH.
Tengah tengok cerita tamil pastu nampak mamat ni pakai tshirt Kedah. Mana dia rembat ni? Hahdjajajha pic.twitter.com/sG8YLVwIie
— apis (@apiswowgituh) September 22, 2020
Biarpun dianggap sebagai sesuatu yang kecil, tapi ianya tetap menjadi kebanggaan yang menghiburkan terutamanya buat rakyat Kedah.
Babak pelakon Tamil pakai tshirt Kedah ini memang lejen. Sehinggakan ada yang mempersoalkan daripada mana beliau mendapatkan baju tersebut. Bundle mungkin?
Bundle sana kot hahahaha. Dia kenal barang tu.
— Ahmad Shafiq 🇲🇾 (@shaffffiq) September 22, 2020
Semua pun dia beli bawa balik
https://twitter.com/lyssining/status/1308733372982673409
Tagline Kedah Serata Rata
https://twitter.com/mizzmeowy/status/1308677645400498177
Haha ni baru betul dengan tagline kedah serata rata. Ini luaskan kuasamu tapi yang pakai baju dia bangsa dia je😂
— syafiq (@syfqzlkfl) September 24, 2020
Kedah helang merah terbang sampai ke negara india 🤣
— MrKacangPoolYangSuka🦋🙊🇲🇾 (@Ha_iril) September 24, 2020
Bangga jadi anak jati Kedah
Hahaha kami bangga jadi anak jati kedah. Nahhhhh, p sampai india haaa,.
— mz💜 (@zahiahmazni) September 24, 2020
Tq promote Kedah bro habaq kat die
— Nasri Samir (@nasri7860) September 23, 2020
Untuk pengetahuan anda, filem Tamil yang menampilkan tshirt Kedah tersebut merupakan sebuah filem bergenre aksi, Sketch arahan Vijay Chander yang diterbitkan pada tahun 2018.
Terdahulu, drama bersiri Netflix iaitu Another Life menarik perhatian orang ramai selepas memilih rambutan sebagai buah aneh yang dijumpai dari angkasa lepas.
BACA: 3 Model Kereta Proton Muncul Dalam Filem Netflix Extraction Jadi Bualan Netizen
Bagi rakyat Malaysia, rambutan adalah sejenis buah yang biasa ditemukan setiap kali musimnya tiba. Namun, buah berbulu tersebut mungkin agak janggal buat mereka yang tinggal di luar rantau Asia Tenggara.
Trending now



