Babak Menyelamat ‘The Rescue’ Penuh Debaran, Buat Penonton Tak Senang Duduk 1

Babak Menyelamat ‘The Rescue’ Penuh Debaran, Buat Penonton Tak Senang Duduk

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mungkin ada yang merasakan filem-filem yang ditayangkan di pawagam kini tidak berapa menarik untuk ditonton. Tetapi, pendapat anda nyata salah.

Filem aksi dari China yang diarahkan oleh Dante Lam merupakan salah sebuah filem yang sangat-sangat berbaloi untuk anda tonton.

Mengisahkan mengenai kehidupan anggota penyelamat dari China Rescue & Salvage yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan China, filem yang dibintangi Eddie Peng, Wang Yanlin, Xin Zhilei, Lan Yingying, Wang Yutian dan Xu Yang ini memang bolehkan buat penonton tak senang duduk.

Babak Menyelamat ‘The Rescue’ Penuh Debaran, Buat Penonton Tak Senang Duduk 2

Dengan babak-babak operasi menyelamat di air, termasuklah nahas pesawat terhempas di laut, filem ini membawa penonton melihat secara dekat bagaimana operasi menyelamat dilaksanakan secara realiti dan juga bagaimana pasukan ini dilatih supaya kekal tenang berdepan apa jua situasi.

BACA: Apa Yang Akan Berlaku Pada Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Lautan?

Malah Eddie Peng sendiri mendedahkan beliau hampir ‘meninggal dunia’ semasa menjalani penggambaran.

Babak Menyelamat ‘The Rescue’ Penuh Debaran, Buat Penonton Tak Senang Duduk 3

Mendapat rating 90% daripada Rotten Tomatoes, filem ini  memberi penghormatan kepada kakitangan awam China termasuklah mereka yang terlibat dalam Operasi Mekong (2016) dan Operasi Laut Merah (2018).

Tonton sahaja trailer filem The Rescue,anda sudah dapat merasakan betapa tegangnya situasi yang dialami pasukan penyelamat dalam menyelamatkan mangsa-mangsa nahas.

https://www.youtube.com/watch?v=oFH621dWBD0