Azmin Mungkin Belajar Daripada Donald Trump – Anwar Ibrahim

Azmin Mungkin Belajar Daripada Donald Trump – Anwar Ibrahim

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini disindir Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan Azmin mungkin belajar daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

BACA: Trump Henti Hantar Dana Kepada WHO, Dakwa Badan Berkenaan Gagal Jalankan Tugas Dasar

Sindiran Anwar Ibrahim itu dibuat susulan daripada kenyataan Azmin yang menegur negeri-negeri yang menangguhkan semula ekonomi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PTJ01_220518_MENTERI_EPU
Sumber: The Star

“Tindakan kerajaan negeri adalah tidak bersandarkan kepada punca kuasa yang sah di bawah mana-mana undang-undang dan adalah bercanggah dengan dasar Kerajaan Persekutuan. Lebih-lebih lagi memandangkan dasar Kerajaan Persekutuan tersebut telah pun dijadikan undang-undang yang berkuatkuasa di seluruh negara.” – Azmin Ali

Menyifatkan tindakan Azmin yang mengugut kerajaan negeri sebagai lambang keangkuhan dan takabur, Anwar secara sinis berkata, “Azmin mungkin belajar daripada pentadbiran Trump.” Trump sebelum ini pernah dikritik dunia kerana menyaman mana-mana gabenor yang enggan mengikuti arahannya.

Menurut Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perintah PKP Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini merupakan PKP fasa ke-5 menyebabkan semua peraturan di bawah PKP fasa ke-4 terbatal dengan sendirinya.

Tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), semua pihak dalam negara termasuk negeri dan daerah diminta mengikut prosedur operasi standard seperti yang sudah diwartakan.

NOTA:

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.

Sumber: Berita Harian