
Azmin Ali, Joker Antara Carian Terhangat Rakyat Malaysia Di Google Sepanjang 2019
Dalam beberapa minggu sahaja lagi tahun 2019 akan melabuhkan tirainya, inilah masanya untuk kita imbas semula dan meilhat peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini.
Setiap tahun, Google Malaysia berkongsi dapatan mereka berkenaan carian terbanyak yang dibuat orang ramai di enjin carian mereka. Google membahagikan carian tersebut kepada beberapa kategori antaranya carian individu, topik berita, filem trending, resipi dan muzik yang paling banyak dicari.

Secara keseluruhan, kata kunci carian yang paling banyak dicari di Malaysia sepanjang tahun ini ialah Earth Day Quiz. Ia diikuti oleh watak Thanos dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Untuk sukan, Copa America 2019 menduduki tangga ke-4, seterusnya ialah topik berita Air Pollutant Index of Malaysia (IPU).
Bagi kategori individu pula, tidak menghairankan Datuk Seri Azmin Ali mendominasi kedudukan ahli politik paling dicari tahun ini. Diikuti dengan beberapa selebriti tanah air iaitu Emma Maembong dan Aliff Aziz.
Bagi tahun 2019 untuk carian berita, sudah pasti IPU menjadi carian tertinggi. Tetapi pilihan raya kecil di Tanjung Piai, menjadi carian berita kedua terbanyak berbanding PRK yang lain untuk tahun ini. Berita terbanyak dicari di tangga ketiga ialah Belanjawan 2020 yang menandakan rakyat prihatin dengan isu semasa negara.
Selain itu, bagi kategori filem, isu yang dibangkitkan dalam filem Joker serta lakonan mantap Joaquin Phoenix menjadikan kata kunci filem ini berada di tangga teratas carian Google Malaysia 2019. Ia diikuti dengan filem Captain Marvel, Avengers: Endgame, Alita Battle Angel dan Shazam.
Untuk mengetahui lebih banyak kata kunci popular di Malaysia untuk tahun 2019, anda boleh layari di pautan ini untuk melihat senarai penuh yang dikeluarkan Google.
Sumber: Google Trends
Trending now



