
Azlee Senario, Mamat Sepah Antara Bintang Paling Dinanti Dalam Pentas MLM 2019
Maharaja Lawak Mega (MLM) merupakan sebuah program realiti bersiri terbitan Astro yang bakal menyaksikan pertempuran antara pelawak-pelawak tanah air dan luar negara seperti Inonedia dan Singapura dalam mementaskan komedi pentas.
Sudah tujuh tahun diadakan, MLM yang dihoskan oleh hos tetap iaitu AC Mizal banyak melahirkan pelawak, pelawak tanah air yang berkualiti dan digemari antaranya Sepahtu, Shiro, Zero, Bocey, Jozan dan Osbon.

Untuk tahun ini, kemeriahan lebih terasa apabila menampilkan pelawak otai iaitu Azlee Senario dan Mamat Sepah yang sudah jarang muncul di kaca televisyen.
BACA: Aziz M. Osman Beri ‘Hint’ Senario Bakal Kembali Beraksi Sebagai Satu Kumpulan
Menceritakan kisah bagaimana boleh terjebak sebagai peserta, Azlee memberitahu beliau dihubungi oleh Mamat Sepah dan Achong (Sweet Child) untuk menyertai kumpulan Stone.
Pada awalnya, beliau berbelah bahagi kerana jika dilihat pada kejayaan kumpulan Senario yang bergelar kumpulan komedi lejen di Malaysia, Azlee sepatutnya berada di kerusi juri bukannya peserta. Namun setelah berfikir secara panjang, katanya tidak salah beliau sertai bagi memeriahkan lagi rancangan ini.
Bagi Azlee, lawak baharu dan lama tiada perbezaan kerana keduanya berkesinambungan dan yang membezakannya hanyalah peredaran masa serta setiap pelawak mempunyai cara masing-masing untuk menghiburkan penonton.
Dengan pengalaman pernah menghiburkan khalayak bersama kumpulan Senario, Azlee akui beliau turut terkesan dengan kesungguhan dan kesabaran Mamat serta Achong mengajaknya untuk melakukan kolaborasi bersama Stone.
Disiarkan pada setiap hari Jumaat bermula 1 November ini di siaran Astro Warna dan Astro Warna HD, para peserta perlu bertaruh terlebih dahulu di segmen Kerusi Panas (Hot Seat) yang akan diadili oleh Sabri Yunus, Fasha Sanda dan David Teo.
Peserta yang terlibat dalam MLM 2019 ialah Rojak (Bell, Chiwan, Rahim), Puteh (Mamak, Ali, Man), Bocey (Achey, Abam, Fad), Zero (Atu, Syaiful, Syarif), Rare (Ajak, Ropie, Pak Ya), JBorn (Khir Rahman, Vicha, Joey), Stone(Azlee, Acong, Mamat), Jambus (Tauke, Tapai) termasuk dua peserta Indonesia iaitu Rahmet dan Popon serta kumpulan dari Brunei, Cali.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S5787nY51/