Azizulhasni Awang No 1 Dunia Keirin

Azizulhasni Awang Rampas Kembali Ranking No.1 Dunia Acara Keirin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nampaknya, perjuangan pelumba basikal elit negara, Azizulhasni Awang tidak terhenti begitu sahaja apabila merampas kembali ranking pertama dunia dalam acara keirin yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) baru-baru ini.

Berdasarkan kedudukan ranking tersebut, Azizulhasni atau dikenali ‘The Pocket Rocketman’ mengumpul 2,560 mata untuk berada di puncak senarai manakala pesaing terdekatnya dari Jepun, Yudai Nitta berada di tangga kedua dengan 2,551 mata.

Pelumba Perancis, Sebastien Vigier berada di tangga ketiga, dipisahkan 212.5 mata di belakang Azizulhasni yang pada masa ini sudah tiga kali berada di puncak senarai (2010, 2016) manakala Yuta Wakimoto (Jepun) keempat, 2,333.5 mata.

Azizulhasni Awang No 1 Dunia Keirin
Sumber: Maskulin

Perkhabaran ini turut disampaikan menerusi laman Facebook Team Malaysia yang mana ini merupakan kali ketiga Azizulhasni berada di kedudukan pertama dunia – kali pertama diraihnya pada 2010 dan 2016.

https://www.facebook.com/TeamMalaysia/photos/a.270991906279357/2934873016557886/?type=3&theater

Pastinya kejayaan itu memberi suntikan moral buat Azizul yang dalam usahanya menjadi pelumba pertama merangkul emas di temasya Olimpik Tokyo 2020.

Sementara itu, seorang lagi atlet negara Mohd Shah Firdaus Sahrom menghuni ranking ke-32 dengan 1,237 mata.

Sumber: Team Malaysia