Kumpulan Senario 1

Aziz M. Osman Beri ‘Hint’ Senario Bakal Kembali Beraksi Sebagai Satu Kumpulan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kedengarannya seperti dalam cerita seram, tetapi ini yang berlaku ke atas pesawat di Chicago. Penerbangan Southwest Airlines yang sepatutnya menuju ke Dallas terpaksa berpatah balik ke Seattle ketika pertengahan penerbangan setelah mendapati bahawa jantung manusia tertinggal di dalam kapal terbang itu.

Ketika penerbangan sedang berlangsung, pesawat tersebut berada di timur Idaho (kira-kira 600 batu) apabila pekerjanya mendapati “life critical cargo shipment” masih berada dalam pesawat itu yang mana kargo tersebut sepatutnya di hantar ke Seattle selepas diangkut dari California.

pesawat terbawa jantung
Sumber: The Sun

Kesilapan yang dilakukan telah membazirkan masa selama tiga hingga empat jam di udara. Pakar pula mengatakan hati manusia biasanya boleh disimpan selama antara empat dan enam jam untuk pemindahan.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan berkenaan tidak mahu mendedahkan atau memberi sebarang butiran lanjut terhadap nama syarikat yang menghantar organ tersebut.

Para penumpang yang berada di pesawat itu juga masing-masing terkejut dengan pengumuman juruterbang untuk berpatah balik menghantar jantung yang berada di dalam pesawat tersebut tetapi gembira semula kerana dapat ‘menyelamatkan nyawa’.

Mengenai jantung tersebut, mereka tidak mengetahui ke mana destinasi jantung itu dibawa dan kegunaannya serta tidak pasti pengguna jantung tersebut amat memerlukannya atau tidak dengan insiden yang agak kecoh itu.

Sumber: Seattle Times