
Ayam Goreng KFC Extra Spicy & Crispy: Nikmati Kepedasan dan Kelezatan yang Menggoda di KFC Malaysia Sekarang!
KFC Malaysia memperkenalkan ayam goreng pedas baharu yang pasti menguji deria rasa anda. Menyertai barisan ayam goreng lagenda Original Recipe dan Hot & Spicy, KFC melancarkan Ayam Goreng KFC Extra Spicy & Crispy yang baharu dan eksklusif buat masa terhad!
Ayam goreng Extra Spicy & Crispy ini lebih pedas dan rangup, ciptaan rasa yang dinamik bagai menari di atas lidah anda. Ayam goreng ini meningkatkan kepedasan ke tahap yang lebih tinggi, sesuai untuk rakyat Malaysia yang gemar makanan pedas.
Untuk menghasilkan sensasi rasa yang baharu ini, potongan ayam segar diperap dalam campuran rempah pedas baharu, kemudian dilapisi dengan tepung berempah pedas baharu, memberikan kerangupan luar biasa pada lapisan luar dan kesedapan ‘juicy’ di bahagian dalam.
KFC Extra Spicy & Crispy boleh didapati dalam beberapa pilihan: Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal yang disajikan dengan Coleslaw segar, kentang putar berkrim, dan Teh Lemon Ais yang menyegarkan.
Selain itu, sesuai untuk dinikmati bersama, Kombo 6-ketul disertakan dengan 1 kentang putar besar dan 2 Teh Lemon Ais, sementara Kombo 10-ketul pula disajikan dengan 2 kentang putar besar dan 1.5 liter botol minuman berkarbonat.
Mulai tersedia hari ini untuk masa terhad atau sementara stok masih ada di restoran KFC di seluruh negara. Harga bermula dari RM17.99. Pesanlah sekarang melalui aplikasi KFC Malaysia atau layari laman web www.KFC.com.my.
BACA: Colonel Sanders KFC Rugi Besar Di Akhir Hayatnya – Kesilapan Yang Semua ‘Founder’ Patut Elakkan