
AWAS! Unsur ‘Kunyit’ Dalam Filem Dan Rancangan Hiburan Kanak-Kanak Hari Ini
Pada tahun 2019, ketika ditemuramah dalam program Ellen, pelakon dan pengarah George Clooney dengan angkuhnya memberi amaran kepada Malaysia dan Indonesia mengenai pengaruh besarnya dalam memperjuangkan hak golongan ‘kunyit’.
Ini susulan tindakannya bersama rakan-rakan seperjuangan beliau yang memboikot rangkaian hotel milik Sultan Brunei berjaya membuatkan negara itu menangguhkan hukuman hudud untuk kesalahan hubungan sejenis.
Rentetan dari peristiwa itu, Hollywood seolah-olah bersikap lebih terbuka dan fleksibel menayangkan watak seperti ini di layar perak termasuklah di kaca TV.
Sebenarnya, tanpa disedari sejak dari dulu juga, dunia barat sudah mula menanam ‘jarum halus’ bagi meracuni fikiran umat Islam hari ini atas dasar hak ‘kepelbagaian’ dan’ kesaksamaan’ sesama manusia.
Atas dasar itu juga, bagi mengaburi mata dan acah-acah bersikap neutral terhadap semua bangsa dan agama, watak-watak ‘wanita bertudung’ seolah-olah mula sengaja ‘ditampal’ dalam rancangan TV misalnya The Walking Dead (2010-2022), Quantico (2015-2018) hinggalah ke dalam filem pecah panggung seperti Spider-Man: Far From Home (2019).
Disney yang merupakan konglomerat media terbesar di dunia turut memainkan peranan penting memperjuangkan hak ‘pesakit mental’ golongan ini menerusi setiap medium hiburannya.
Pada mulanya, ia hanya dapat dilihat secara ‘kebetulan’ dan kononnya ‘tidak sengaja’ dalam Beauty and The Beast (2017) dan filem kartun Pixar seperti Toy Story 4 (2019).
Mereka kemudiannya dilihat semakin berani dan terbuka dalam Onward (2020) dan memperkenalkan lebih banyak watak ‘lelaki lembut’ dalam filem-filem seperti Cruella (2021) dan Jungle Cruise (2021).
Tak ramai yang perasan, tapi mereka turut sempat menyelitkan secara ‘tersembunyi’ watak-watak golongan ini dalam filem-filem box office seperti Star Wars: The Rise of Skywalker (2019) dan Avengers: Endgame (2019).
Kemuncak ‘keberanian’ Disney dapat dilihat melalui filem terbaru superhero Marvel Cinematic Universe (MCU) terbaru iaitu Eternals (2021) yang diluluskan untuk tayangan selepas disunting hebat di UAE, Lubnan, Mesir, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia tetapi diharamkan langsung tayangannya di Arab Saudi, Qatar dan Kuwait.
Ini berikutan watak pasangan golongan ini yang secara terang-terangan telah ditonjolkan dalam filem ini sebagai pasangan bahagia yang telah berkahwin dan menjaga seorang anak kecil.
Seolah-olah ingin menyakitkan lagi hati umat Islam, salah seorang watak golongan tersebut sengaja dilakonkan oleh Haaz Sleiman yang sebelum ini mengaku dirinya sebagai seorang Muslim ‘kunyit’ berketurunan Arab-Amerika.
Lebih menjijikkan, pasangan ini turut dilihat ‘menayangkan’ keintiman mereka dengan menggunakan gelaran manja bahasa Arab iaitu ‘habibi’ dan tanpa segan silu melakukan babak bercumbuan! *muntah*
Jika benar-benar diteliti, rancangan kanak-kanak turut menjadi mangsa media barat untuk terus meracuni fikiran generasi muda pada hari ini.
Terbaru, satu hantaran melalui Facebook oleh Mia Al-aydrus turut memperlihatkan lagu nursery rhymes kanak-kanak iaitu ‘Johny Johny Yes Papa’ di saluran Astro Moonbug Kids turut diselitkan dengan unsur-unsur golongan ini secara ‘tersembunyi’!

Astaghfirullah hal ‘azim. Sudah tentu, setiap ibu bapa dan umat Islam harus lebih cakna dalam memainkan peranan masing-masing demi menyelamatkan generasi muda akan datang dari terus terpesong akibat dakyah merbahaya ini.
Soalannya, apakah peranan kita dan apakah yang dapat kita lakukan?