Scam Arab

AWAS! ‘Scam’ Pengurusan Hotel Oleh Pak Arab: Ramai Jemaah Kena Tipu Setiap Hari!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selalu kita dengar kisah penipuan Macau Scam atau Nigerian Prince, tapi sejak kebelakangan ini timbul pula kisah ‘scammer’ Pak Arab yang terlibat dengan penipuan pengurusan hotel di Arab Saudi yang dikhabarkan semakin menjadi-jadi!

Seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar, golongan ini disifatkan seolah-olah sudah kembali ke Zaman Jahiliah apabila tanpa memikirkan soal dosa dan pahala sanggup membuat keuntungan haram dengan melakukan penindasan serta manipulasi kos penginapan terhadap jemaah yang hadir ke Tanah Suci.

Dr Mohd Izhar Ariff yang baru sahaja pulang dari Arab Saudi turut mengakui kes-kes seumpama ini yang melibatkan Pak Arab yang angkuh dan sombong serta tanpa segan silu menipu jemaah setiap hari.

Bagaimana cara mereka menipu? Jom ikuti perkongsian dibuat oleh beliau di Facebooknya ini.

Scam Arab

..Kalau tidak kerana Masjidilharam, Makkah dan Masjib Nabawi, Madinah, saya yakin TIADA SIAPA nak ke SAUDI ARABIA.

✅ Saya baru pulang…Benar pihak hotel main harga hingga sanggup batalkan booking bagi mengambil harga tawaran yang lebih lumayan dan tinggi…Makin melampau lagi apabila booking diambil daripada travel cash total kos, tapi apabila jemaah semua telah sampai, mereka ubah perjanjian dan tukarkan jemaah ke hotel lain yang tidak menepati apa yang dijanjikan….

😡 Teruk betul pengurusan Perhotelan di Arab Saudi sekarang…. !!

🍕 Mereka jadi sombong sebab tahu market tetap ada walaupun jemaah kena TIPU setiap hari…

Akhir kata, Semoga kita jumpa di Akhirat kelak wahai pak Arab…😅

BACA: Sambutan Halloween Di Arab Saudi: Umat Islam Sebenarnya Tak Perlu Gelisah

Sumber: Dr Mohd Izhar Ariff