
Awas Jika Mempunyai Tanda-Tanda Seperti Ini, Anda Sebenarnya Mungkin Kena SANTAU!
Agak memeranjatkan, dunia moden pada hari menyaksikan masih ramai lagi individu yang sanggup menggunakan khidmat bomoh, pawang dan seumpamanya untuk melakukan kerja-kerja jampi, sihir dan santau.
Dari kalangan mereka yang mempunyai masalah rumah tangga, pesaing dalam bidang perniagaan, ahli politik, agamawan hinggalah ke golongan artis, kes santau masih lagi kerap dilaporkan berlaku.
Di Facebooknya, Hamizi Hamdan ada membuat hantaran bagi menyedarkan orang ramai mengenai bahaya amalan syirik ini.
Berikut adalah tanda-tanda yang mungkin terdapat pada seseorang yang kena santau seperti yang diceritakan oleh beliau dalam hantarannya tersebut.
Nauzubillah.
SANTAU
Tanda-tanda anda kena santau:
- Mulai Maghrib hingga subuh anda akan batuk kering yang teruk dan kena bengkak di seluruh badan seperti gelgata. Ia hanya terjadi pada masa antara Maghrib ke Subuh sahaja.
- Batuk kering pada siang hari tak teruk berbanding malam tetapi cukup mengganggu kehidupan. Pergi hospital doktor kata Tibi. Gelgata pula siang tak ada. Tapi kalau buat allergic test masih tak boleh explain kenapa dulu tak allergic benda tu sekarang pula dikata allergic. Ada juga semua benda yang dikatakan allergic tu langsung tak ada sekeliling anda tapi still kena.
- Batuk yang teruk akan menyebabkan pendarahan. Batuk mula berdarah.
- Menurut perawat, akibat lewat berubat selain maut adalah kanser dan asthma.
- Bila buat X-ray, doktor akan tunjuk warna putih di paru-paru menunjukkan banyak luka dalaman.
- Jika selama ini tiada asthma, dah tua pun boleh kena asthma. Kena bersiap dengan inhaler (Salbutamol – warna biru) untuk mengelak sesak nafas dan maut.
- Bila pernah kena santau dan dah disembuhkan tetap kena rawat luka dalaman tadi (baca No. 5). Ini ada perawat yang boleh advise ubatnya.
- Walau dah sembuh tapi kalau dah dapat asthma, teruskan standby ubat bila perlu. Ada perawat yang boleh rawat asthma tu tapi adalah pemakanannya.
- Siapa yang pernah kena santau, biasanya badannya dah ‘berlubang-lubang’ dan mudah kena balik sama ada jika dituju atau tempias. Sentiasa peka bila ada tanda-tanda dan pergi berubat lagi. Mungkin kena berulanglah sampai mati.
- Kerana badan tu ‘berlubang-lubang’ juga maka jin selalu menumpang dan menyebabkan jatuh sakit. Elak tempat seperti rumah tinggal dan hutan. Bila sakit pergi berubat. Boleh masuk ke rumah tinggal dan hutan tapi kena persiapkan diri dengan pendindingnya. Perawat akan berikan.
- Selain itu berpantang makan benda tajam seperti rebung, nenas, limau. Kalau nak tahu santau masih ada atau tak, cuba makan sikit. Kalau anda sakit balik immediately maka santau masih ada dalam badan. Kalau selalu makan di luar dan jika makan di kedai yang pakai pelaris (jin) pun akan buat batuk teruk kembali.
- Tujuan santau adalah mati. Sama ada perlahan-lahan atau terus mati dalam masa singkat.
- Jika perlahan-lahan tujuannya nak buat ia macam semulajadi (natural).
- Carilah perawat yang serasi. Ilmu mereka berbeza-beza dan berperingkat-peringkat. Semuanya atas izin Allah.
- Kena santau atas izin Allah. Sembuh atas izin Allah. Tidak bergerak sesuatu zarah melainkan atas izinnya.
Tujuan saya post ini kerana beberapa ketika ini saya jumpa orang-orang yang ada tanda-tanda yang saya ceritakan tadi. Tapi mereka tak percaya bila saya cadangkan pergi berubat selain hospital.
Jika anda baca dan dapati sanak saudara anda ada tanda-tanda ini, silalah ikut cadangan saya.
Wallahualam.
BACA: ‘Masih Ada Yang Amalkan’ – Kerajaan Diminta Wujudkan Undang-Undang Jenayah Sihir
Sumber: Hamizi Hamdan
Trending now



