
AWAS! Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Berusia Bawah 5 Tahun, Anak Anda Mungkin Menghidap Penyakit Kawasaki
Pasangan pelakon popular Amar Baharin dan Amyra Rosli baru-baru ini telah berkongsi kisah duka mengenai anak kedua mereka, Ayra Aryssa, 2, yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit Kawasaki.
Menurut hantaran yang dibuat oleh Amyra di akaun Instagram miliknya, walaupun Aryssa telah dibenarkan untuk keluar dari hospital, masih terdapat sedikit air di jantungnya dan saluran darah ke jantungnya turut bengkak.
Ketahui lebih lanjut mengenai penyakit Kawasaki:
Apakah penyakit Kawasaki?
- Pertama kali direkodkan pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr Tomisaku Kawasaki, penyakit Kawasaki adalah keradangan saluran darah (vaskulitis) yang melibatkan kanak-kanak.
- Lebih 75% pesakit Kawasaki adalah dari golongan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun dan ianya boleh menyebabkan penyakit jantung.
- Jika dapat dikesan dan dirawat awal, biasanya pesakit dapat pulih dalam masa beberapa hari.
- Walaupun punca utamanya masih tidak dapat dikenal pasti, penyakit Kawasaki tidak berjangkit.
Apakah tanda dan simptom penyakit Kawasaki?
1) Demam panas dengan suhu antara 38.3-39.4 melebihi empat hari dan tidak sembuh dengan ubat demam biasa.
- Simptom-simptom yang lain kemudiannya akan muncul dalam tempoh 14 hari dari tarikh demam bermula.
2) Kelenjar membesar terutamanya di bahagian leher.
3) Tangan atau tapak kaki membengkak dan menjadi kemerahan.
4) Konjunktivitis iaitu mata merah tapi tak berair.
5) Lidah merah dan bengkak serta pecah bibir.
6) Ruam yang sangat teruk pada kulit.
7) Kemerahan pada tempat suntikan BCG.
8) Kulit terkupas pada hujung jari tangan dan kaki selepas dua minggu.
- Simptom virus ini datang dalam tiga peringkat dan boleh menyebabkan masalah jantung pada hari ke 10-14 selepas simptom pertama bermula.
- Sesetengah pesakit mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sampai hari ke 25 virus ini muncul. Virus ini juga boleh berterusan sampai 8 minggu.
Apakah rawatan yang diperlukan?
1) Segeralah berjumpa dengan doktor terutamanya jika bayi berumur bawah 1 tahun.
2) Intravenous immunoglobulin (IVIG) dan aspirin adalah antara dua rawatan utama yang digunakan untuk merawat penyakit Kawasaki.
- Virus ini tidak dapat dielakkan tetapi pesakit biasanya akan pulih sepenuhnya dalam 6-8 minggu.
- Walaupun sudah pulih, pesakit masih boleh mendapat komplikasi.
Semoga Amar Baharin dan Amyra Rosli terus tabah dan Aryssa dapat pulih sepenuhnya.
Sumber: SinarPlus