Butang Share Jenayah Berat

AWAS! Hanya Tekan Butang ‘Share’, Dikira Sebagai Jenayah Berat!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penyebaran bahan pornografi kanak-kanak masih boleh berlaku dengan mudah pada hari ini meskipun ramai yang tidak menyedarinya.

Bukan sahaja menghasilkan atau mengaksesnya menjadi satu kesalahan, berkongsi atau ‘share’ bahan tersebut juga merupakan antara jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak 2017.

Seorang peguam dan penceramah motivasi dari Nova Q Services, Mufarwa Farid telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi menyedarkan orang ramai mengenai jenayah penyebaran pornografi kanak-kanak di kalangan masyarakat pada hari ini yang mungkin boleh berlaku tanpa kita sedari.

Butang Share Jenayah Berat

Saya dengar, ada video tak senonoh mirip pelakon kanak-kanak lelaki usia 12 tahun telah bertebaran.

Tuan puan,

Mengakses video prono kanak-kanak adalah satu jenayah yang berat di sisi undang-undang.

Apatah lagi menyebarkan atau berkongsi video prono tersebut. Hukuman jenayah ini amat-amat berat, walaupun kita hanya share perkara tersebut untuk diri sendiri.

Tak kisah video prono itu kanak-kanak lelaki, atau kanak-kanak tu rela, atau kanak-kanak itu sebenarnya bukanlah pelakon tu. Ini takkan diambil kira.

As long as video kanak-kanak itu disebarkan oleh kita, walaupun hanya tekan butang ‘share’ atau ‘retweet’, apatah lagi share melalui Telegram dan WhatsApp, maka kita dah lakukan jenayah yang amat berat.

Ini antara hukuman jenayah berkenaan prono kanak-kanak dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak 2017:

1) Hasilkan bahan prono kanak-kanak:

– Seksyen 5

– Penjara tak lebih 30 tahun

– Wajib sebat sekurang-kurangnya 6 kali

2) Bertukar-tukar/Menyampaikan bahan prono kanak-kanak:

– Seksyen 8

– Penjara tak lebih 15 tahun

– Wajib sebat sekurang-kurangnya 3 kali

3) Mengakses bahan prono kanak-kanak:

– Penjara tak lebih 5 tahun

Atau

– Denda tak lebih RM10k

Berhentilah sebarkan apa-apa maklumat atau video berkaitan video tersebut.

Selain jenayah, ianya juga satu perbuatan yang amat keji, dan bakal memusnahkan masa depan kanak-kanak tersebut.

Polis boleh trace identiti orang yang menyebarkan video tersebut melalui IP Address atau maklumat orang awam.

Jangan ingat kita boleh selamat. Kalau 10 orang share, seorang mesti akan tersangkut, dan dituduh kat Mahkamah. Takut, kitalah seorang yang tersangkut tu.

Bagi siapa yang tahu, ambillah iktibar.

Yang tak tahu, janganlah cari. Langsung jangan.

*Perkataan ‘prono’ tu sengaja saya tulis. Tak nak kena banned dengan Facebook.

BACA: 14 Tahun Buat Kegiatan Terkutuk, Pedofil Warga Malaysia Paling Dikehendaki Dunia Berjaya Diberkas

Sumber: Mufarwa Farid