Geng Tarik Kereta

AWAS! Hanya Dengan Bawa ‘Laptop’, Geng Tarik Kereta Ini Sedang Aktif Perdaya Orang Ramai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mereka yang sering memandu secara berseorangan di lebuh raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika ini dari ditipu oleh satu geng tarik kereta.

Dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku beberapa hari yang lepas, modus operandi yang digunakan oleh mereka ialah hanya dengan menggunakan sebuah komputer riba.

Di dalam komputer riba tersebut, mereka kemudiannya mendakwa kononnya nombor pendaftaran kenderaan mangsa terdapat dalam “sistem” mereka yang didapati hanyalah satu paparan perisian Microsoft Excel.

Mereka dipercayai aktif mencari sasaran di stesen-stesen minyak dan mengugut untuk meminta bayaran atau menarik kereta mangsa bagi “pihak bank” dengan hanya memaparkan nombor pendaftaran kereta mangsa yang terdapat dalam laptop tersebut.

Perkongsian kisah ini dibuat oleh seorang lelaki yang tidak mahu dikenali dan hanya menggelarkan dirinya sebagai ‘seorang lelaki botak yang innocent’.

Ikuti perkongsian beliau berikut di Facebook Pengutip Besi Burok untuk dijadikan iktibar bersama khususnya buat mereka yang sering memandu berseorangan dan juga golongan wanita.

Geng Tarik Kereta

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati.

Sekitar jam 1pm tadi, saya berhenti isi minyak di BHP tol Bentong Hala ke KL, sebuah proton Waja berhenti depan kereta saya dan 2 orang daripada mereka turun menuju ke kereta saya.

Dipendekkan cerita, katanya kereta saya ada tunggakan, belum habis bayar. Fuhh tak kenal bare demo ni.

Ni satu penghinaan kepada pengguna kereta Proton yang berusia lebih 20 tahun. Nampak sangat modus operandi nak membongak aka men”scam” seorang lelaki botak yang innocent.

Saya minta surat daripada bank untuk tengok bank mana yang keluar surat tu. Katanya surat yillek..tapi nombor plate kereta saya ada dalam sistem dalam laptop dia orang, katanya. So, saya minta nak tengok sistem tu, dia orang ajak pergi dekat kereta Waja Merah (rujuk gambar) dekat hujung pam minyak. Tu yang dalamnya ada 2 orang lagi lelaki iaitu driver dan seorang lagi tengah pegang laptop. Ada la tulis nombor plate kereta saya bersama-sama nombor plate kereta-kereta lain dalam bentuk Excel.

Tapi, tak ada apa-apa details berkaitan kereta contoh jenis kereta, cc, tahun, tuntutan daripada bank mana, berapa jumlah hutang etc. Nombor plate je semata-mata, macam baru ditaip pun ada.

Saya cakap, you mau tarik saya punya kereta, you bawalah satu surat bank kasi tunjuk. Kalau you main terjah je kereta orang, lepas tu main tanya kereta bayar ke tak bayar, lepas tu you suruh orang relaks..memang org tak boleh relakslah.

Sebenarnya saya ni bukan berani pun, tapi disebabkan sekarang berimej botak, so bagi la nampak pailang sikit. Lagi pun ni dalam Bentong lagi, apa-apa hal boleh panggil member back up 🤭

Dalam cakap-cakap tu saya sempat snap beberapa gambar, dia orang perasan dan suruh saya delete. Saya kata, saya tak nak delete sebab untuk keselamatan saya sebab dia orang yang terjah saya dulu.

Saya teruskan perjalanan sambil inform member terdekat tentang kejadian dan maklumkan keberadaan saya sekiranya apa-apa berlaku, sebab saya dalam perjalanan ke KL berseorangan.

Nasihat saya, jika berlaku kejadian macam ni, apa yang perlu anda buat ialah:

  1. Jangan panik
  2. Jangan serah dulu sama ada kereta atau duit walau diprovoke
  3. Minta surat arahan tarik daripada bank (pastikan bank tersebut adalah bank yang anda bayar loan)
  4. Jika anda takut, terus call polis untuk bantu anda

Untuk lebih detail berkenaan Proses Penarikan Kereta oleh Pihak Bank, boleh rujuk dilink bawah ni:

KERETA KENA TARIK(Apa Tindakan Yang Patut Korang Buat)

BACA: Pelaku Langgar Lari Dan ‘Kantoi’ Pusing Cerita, Wanita Ini Kongsi Pentingnya Ada Dashcam Kereta

Sumber & kredit foto: Facebook Pengutip Besi Burok