
AWAS! ‘Hacker’ Kini Lebih Mesra Dan Sopan, Siap ‘Bagi Salam’ Dulu Sebelum Perangkap Mangsa
Beberapa tangkap layar telah dikongsikan di media sosial mengenai kewujudan ‘hacker’ yang menggunakan taktik mesra dan sopan sebelum memerangkap mangsanya.
Selepas memberi salam dan bertanya lokasi mangsa dengan penuh berbudi bahasa, ‘hacker’ tersebut kemudiannya akan memasang perangkap kononnya hendak meminta pertolongan.
Pendedahan mengenai taktik terbaru penggodam tersebut telah dikongsikan di Facebook oleh Azreen Ayub yang bekerja di Kolej Komuniti Cawangan Sibu melalui hantarannya berikut:
KISAH TELEGRAM KENA HACK
Mohon kawan-kawan yang dapat mesej dalam Telegram saya minta screenshot apa-apa untuk buat laporan polis, tolong abaikan.. itu bukan saya.. itu scammer.. saya baru saja dapat balik Telegram saya pukul 12 tengah hari tadi.. ni saya baru dapat tahu ada kawan yang dah kena hack jugak..
Ramai yang tanya, macam mana saya boleh kena hack..
Sebelum saya kena hack, saya pun dapat message dari orang.. dia cakap dia nak pinjam duit.. lepas tu, saya cakap saya tak kenal dia.. dia pun tak ada message dah.. keesokan harinya, orang yang sama message lagi, dia bagitahu yang dia dah dapat balik akaun Telegram dia.. dia mintak tolong kita screenshot sebagai bukti untuk dia buat report polis.. dia akan message masa kita tengah bekerja, masa kita tak dapat berfikir dengan waras..
Saya screenshot perbualan dengan dia.. tapi dia cakap bukan yang perbualan tu yang dia nak.. dia nak yang depan, yang ada nama orang tu.. so, tanpa berfikir panjang, saya screenshot, sebab fikir apa yang dia boleh buat dengan hanya gambar nama-nama tu?
Login Code
Tapi saya silap.. dia bukan nak tengok nama pada Telegram tu.. Dia nak ambil LOGIN CODE yang ada dalam benda yang kita screenshot tu.. kalau perasan, bila tengok balik message dalam gambar tu, ada orang mintak code Telegram saya pada pukul 11.09 pagi.. jam 11.10 pagi, orang tu message saya untuk screenshot.. Hari ke-2 kena hack, saya tengok balik pada benda yang saya screenshot tu.. sebab instinct saya mengatakan punca saya kena hack sebab saya screenshot..
Bila tengok balik gambar tu barulah saya sedar, Ya Allah, aku screenshot, ada LOGIN CODE dalam tu.. “BODOHNYA AKU”.. tu ayat yang terkeluar bila mula-mula sedar..scammer sangat licik.. masa tengah busy, tengah buat RMS, buat Course Outline, tengah buat modul, tengah buat macam-macam la, dia mintak kita screenshot.. kita yang konon-konon baik, fikir nak tolong orang, pergi la screenshot..
Bagi salam
Lepas ni, kena lebih berhati-hati.. kalau orang tiba-tiba bagi salam panjang, Assalamualaikum, jangan balas.. kalau orang cakap nak pinjam duit, jangan balas jugak.. kalau orang mintak screenshot, jangan layan jugak.. walaupun kawan baik sendiri.. call orang tu kalau dia kawan baik korang.. kalau tak rapat, abaikan saja message dia..
Saya bersyukur, ramai kawan-kawan yang prihatin.. yang call dan message bagitahu account saya kena hack.. masa akaun kena hack tu, saya langsung tak sedar.. sebab tengah mengajar kursus, tak tengok handphone.. sedar pun bila kak Nurina Pillin Cwie dan kak Eirelav Simon Belle bagitahu.. lepas tu, tengok WhatsApp, penuh dengan message dan missed call..Sori, saya tak call balik semua orang sebab ramai sangat.. masa tu Telegram memang langsung tak boleh masuk balik.. bila saya bukak, dia tulis too many attempts..
Rentetan daripada kisah kena hack tu, 2 hari Telegram tak dapat bukak.. saya post di Facebook dan status yang Telegram kena hack.. pergi buat report polis, tapi polis cakap tak perlu sebab tak melibatkan apa-apa kerugian.. Nasib ada hamba Allah yang sudi tolong saya encik Azman Adlan.. dia bantu saya dapatkan balik Telegram saya.. tapi, Telegram saya terpaksa reset balik.. semua perbualan/fail/chat dalam tu semua hilang..yang ni betul-betul buat saya sedih.. sebab banyak maklumat penting dalam Telegram.. huhu..
Kepada kawan-kawan di luar sana, mohon sebarkan kepada rakan-rakan terdekat.. takut ramai yang kena.. saya rasa sangat bersalah bila kawan yang saya kenal kena hack sebab niat dia nak tolong saya.. sebab tu dia screenshot.. walaupun sebenarnya, bukan saya yang message dia mintak tolong screenshot tu.. tengok dalam gambar yang kedua, hacker masih guna account mangsa untuk minta simpati.. siapa yang percaya yang mangsa dah dapat balik account Telegram dia, dia akan tolong..
Saya bagi gambar-gambar kat bawah ni sebagai panduan semua, macam mana hacker buat untuk hack account Telegram kita..Moga sahabat-sahabat saya semua dilindungi oleh Allah S.W.T..amin..
BACA: Situasi-Situasi Bagaimana ‘Scammer’ Dapat Tahu ‘ID Pengguna’ Dan ‘Kata Laluan’ Anda
Sumber: Azreen Ayub