Scammer

AWAS! Ada ‘Scammer’ Menyamar Jadi Kaunselor/Guru Minta Foto Dan Video Anak Anda!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Satu hantaran Facebook kini tular bagi memberi peringatan kepada pelajar dan ibu bapa agar tidak mudah terpedaya dengan satu lagi tipu daya ‘scammer’.

‘Scammer’ kini dikatakan sedang giat menjalankan aktiviti penipuan untuk memerangkap mangsa yang merupakan pelajar sekolah agar menghantar maklumat peribadi beserta foto dan video bogel kononnya sebagai satu ‘pemeriksaan kesihatan’.

Seorang ibu prihatin, Nazrah Abdul Aziz dari Naz Book Cafe telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya untuk sama-sama diberikan perhatian dan disebarkan oleh orang ramai agar tiada lagi pelajar yang menjadi mangsa selepas ini.

Scammer

Hati-hati ada scammer guna nama cikgu suruh pelajar buat pemeriksaan doktor online. Siap minta maklumat diri dan video/gambar bogel. 😱😡

Sebarkan supaya tiada lagi anak-anak yang menjadi mangsa. Pesan pada anak-anak JANGAN BAGI GAMBAR/VIDEO pada sesiapa tanpa izin ibu bapa.

••••••••••••••••

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Jika anda menerima mesej yang menggunakan nama mana-mana kaunselor atau guru SMK ****, anda dinasihatkan untuk abaikan mesej berkenaan.

Pihak sekolah mendapati, terdapat scammer yang bertindak sebagai wakil kaunselor dan guru-guru SMK **** untuk meminta maklumat-maklumat tentang diri anda termasuk video dan gambar bogel.

Sila maklumkan kepada ibu bapa masing-masing jika scammer bertindak mengugut atau mengancam anda.

Sekian, harap maklum.

Daripada:
Pengetua SMK ****, Klang

Scammer

BACA: Pernah ‘Sakau’ RM1.3 Juta, Wanita Dedah Pengalaman Bertugas Sebagai Seorang ‘Scammer’

Sumber: Nazrah Abdul Aziz