
Auntie Anne’s – Kisah Di Sebalik Kejayaannya Yang Bermula Lewat Pada Usia 40 Tahun
Kalau berjalan-jalan di pusat membeli-belah, pasti ramai yang terpesona dengan kenikmatan dan keharuman aroma pretzel Auntie Anne’s yang tentunya sudah dapat dihidu dari jauh lagi.
Memang memikirkannya sahaja pun sudah membuatkan ramai yang menelan air liur sambil terbayang-bayang kehangatan, kelembutan dan kelazatan pretzel Auntie Anne’s ini, kan?
Ramai yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan pretzel Auntie Anne’s, tetapi mungkin ramai yang tidak tahu kisah tragis dan suka duka Anne F. Beiler dan suaminya, Jonas di sebalik penubuhan rangkaian francais popular ini di seluruh dunia sejak 1988.
Jom ikuti perkongsian yang dibuat oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin di Facebooknya ini yang menceritakan secara ringkas tentang sejarah penubuhan dan kejayaan Auntie Anne’s yang boleh dijadikan inspirasi buat semua golongan usahawan di Malaysia.
PERNAH CURANG, INI KISAH AUNTIE ANNE’S YANG ORANG TAK TAHU
Anne Bailer seorang “good christian” dibesarkan dalam komuniti yang pentingkan agama, dia bertemu jodoh seawal 16 tahun. Kehidupannya berkisar dengan menjadi seorang isteri yang bagus dan ibu yang bagus.
Apabila satu tragedi menimpa yang mana anaknya 19 bulan dilanggar kereta dan meninggal, dia menyalahkan tuhannya.
Di saat dia perlukan bantuan, pastornya ambil kesempatan dan dia berlaku curang kepada suaminya sehingga berlanjutan 6 tahun.
Dia rasa diri dia useless, curang dengan suami yang baik, agama yang dia pegang sudah dia tinggalkan.
Apabila dia mengaku kepada suaminya dan suaminya dapat terima kesilapan dia buat, mereka bina balik rumah tangga mereka. Dia rasakan ini adalah peluang kedua tuhan mahu berikan kepada dia.
Walaupun bermula lewat di usia 40 tahun, dia mula menyewa satu tapak di pasar dan mula menjual pretzels. Bisnes ini hanyalah untuk bantu suaminya pada peringkat permulaan.
Tapi disebabkan permintaan begitu tinggi, bisnesnya cepat berkembang.
1988 dia buka kiosk pertama, tahun berikutnya 12, bertambah 35 kiosk dan tahun seterusnya 50 kiosk sehinggalah di luar kawalannya pertambahan ini.
Jenama diberi Auntie Anne’s ini mula datang ke Malaysia sejak tahun 1996 lagi. Chrisna Jenio Sdn Bhd adalah master franchisenya di sini.
Mereka mula menerima pelaburan daripada big private equity firm pada tahun 2005 dan pada tahun 2011 Focus Brand sebuah private equity besar telah membeli kesemua saham mereka.
Sehingga tahun 2022 di Malaysia ada 57 lokasi dan diseluruh dunia ada lebih 1300 outlet Auntie Anne’s.
BACA: Kisah Kejayaan Pengasas Mamee – Semuanya Bermula Dari Cetusan Inspirasi Penoreh Getah
Sumber: Faridzul Asyraf Mat Arifin