Astro Didenda Siar Semula Dokumentari Al Jazeera Berkenaan Kes Altantuya

Astro Merosot
Sumber: Nikkei Asian Review

Astro didenda SKMM.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengeluarkan denda kepada penyedia televisyen satelit, Astro selepas mengulang siar sebuah dokumentari berkenaan dengan kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dihasilkan media Al Jazeera pada 2015 baru-baru ini.

BACA: Kes Bunuh Altantuya: Najib Beri Arahan ‘Shoot To Kill’ Sambil Tunjuk Isyarat Potong Leher – Azilah Hadri

Dokumentari bertajuk Murder in Malaysia yang ditayangkan sebagai salah satu program 101 East itu telah menyebabkan Astro didenda sebanyak RM4,000; RM1,000 bagi setiap episod yang disiarkan.

BACA: Ramai Batal Langganan Punca Keuntungan Astro Merosot

Siasastan yang dimulakan hasil aduan orang ramai itu menyebabkan SKMM menghantar notis denda tersebut kepada syarikat yang mengendalikan Astro iaitu Measat Broadcast Network Systems Bhd pada 7 Julai lalu, hampir lima tahun selepas ianya ditayangkan pada 11 September 2015.

Azilah Dedah Najib Arah Bunuh Altantuya 5

Menurut sumber MalaysiaKini, kompaun denda berkenaan dikeluarkan SKMM kerana menyiarkan kandungan jelik yang memburukkan Malaysia dan melanggar Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam suratnya, SKMM berkata Astro didapati bersalah kerana menyiarkan episod tersebut dengan niat mahu menyinggung perasaan pihak yang berkaitan dan memberikan tempoh masa 30 hari untuk melakukan rayuan terhadap kompaun tersebut.

Pejabat Peguam Negara mengeluarkan arahan seawal tahun 2016 untuk Astro didakwa kerana menyiarkan dokumentari tersebut, namun pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar tidak mendakwa mereka (Measat) di mahkaman dan hanya mengenakan kompaun.

BACA: Al-Jazeera Nafi Dokumentari Pengendalian PATI Semasa Pandemik COVID-19 Mengelirukan Dan Tidak Tepat

Al Jazeera sebelum ini telah didakwa menyampaikan maklumat yang bercanggah dalam penghasilan satu dokumentari bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang berdurasi 25 minit.

Dalam dokumentari tersebut, Al-Jazeera dikatakan ‘menyiasat’ penderitaan yang dihadapi pekerja asing yang tidak memiliki dokumen yang sah dan ditangkap ketika serbuan dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.