Siaran Percuma Astro

Astro Buka Semua Siaran Secara Percuma Sempena Kemenangan ‘Brand Of The Year’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

28 September lalu, Astro Malaysia Holdings Berhad telah diberikan pengiktirafan sebagai ‘Brand of The Year’ kerana berjaya menyampaikan kandungan berkualiti yang meliputi pelbagai aspek termasuklah pendidikan, sukan dan hiburan kepada rakyat Malaysia.

Astro juga telah membawa pulang dua anugerah lain iaitu Anugerah Platinum dan ‘Hall of Fame’ bagi kategori Rangkaian Media di Anugerah Putra Brands 2019 yang merupakan inisiatif Persatuan Ejen-Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) bagi mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia.

Siaran Percuma Astro 1

Anugerah yang dilancarkan pada tahun 2010 ini dinilai berdasarkan undian yang dilakukan kepada 8,000 pengguna telah menyaksikan pelbagai perubahan yang lebih tertumpu kepada kesedaran dan tingkah laku pengguna serta melibatkan impak dalam bidang teknologi platform baharu termasuklah koleksi data dan analisis.

Berikutan dengan kejayaan tersebut, Astro telah membuka semua siaran percuma kepada semua pelanggannya sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka sehingga 13 Oktober ini.

https://www.facebook.com/Astro/photos/a.154285934626/10157371489184627/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAhgZ_zw_AyU7FcZG514wQwzQ_Shsq-poMXeidyolWknqTa80FQsYK3Z-FgOfkgK3LFD2ZV18R-XVSV_fC8LaFIeX1tZEyr5DtdIEKsI5vet5bXJS2cP7WkPib0wuPgykX2oFT8fvkuGiZmLBkgeoBjr8jnIpj6vchhVFqkvDPoncqIRoOKCY3YgbOF51pgesIDd68vKbkHvsxp3GuwvsslPPz_uD4VCzTZ6-WN2ERI_lwwP1fCOiFjY28GgML2kPnV8SfXApY9_eafrtqH9ESd-iM12JVhpMwzVZw-LVzl_VPA3NJiPcoJ1nRDxk_X8KsQkrWKBFEfQWTn6c9A&__tn__=-R

Bukan itu sahaja, pelanggan Astro juga boleh menikmati diskaun sebanyak 10% untuk pembelian barangan di GO SHOP TV (Siaran  118, 120 dan 303) bermula dari 4 Oktober hingga 6 Oktober dengan menggunakan kod promo THANKS10.

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VveBwFlX8/