Asap Tebal Setinggi 15KM Punca Amaran ‘Tsunami Gunung Berapi’ Dikeluarkan Filipina

Susulan pengeluaran debu dari salah satu gunung berapi paling aktif di selatan Manila petang semalam, Ketua Institut Volkanologi dan Sismologi Filipina, Renato Solidum menjangkakan akan berlakunya fenomena ‘tsunami gunung berapi’ dalam tempoh beberapa hari.

Gunung berapi Taal yang berada kira-kira 65km dari kawasan selatan Manila itu dikatakan meletus kali terakhir adalah pada 1977.

Gunung Berapi FIlipina Meletus 4

 

Menurut sumber, gunung berapi Taal telah menunjukkan beberapa tanda sejak akhir Mac lalu. Namun petang Ahad lalu, debu tebal setinggi 15km boleh dilihat dari jauh diikuti dengan beberapa gegeran yang dikatakan seperti ‘raksaksa menghampiri’.

Keadaan ini menyebabkan pihak pejabat bencana tempatan terpaksa mengambil tindakan memindahkan lebih 6,000 penduduk setempat dan penduduk dari kawasan kejiranan ke kawasan yang lebih selamat.

Gunung Berapi FIlipina Meletus 1

Gunung Berapi FIlipina Meletus 3

Gunung Berapi FIlipina Meletus 2

Untuk pengetahuan anda, pulau kecil gunung berapi Taal sering menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangannya yang cantik, namun disebabkan amaran bahaya yang sudah meningkat kepada skala empat daripada lima menyebabkan kawasan itu ditutup untuk pelancongan buat sementara waktu.

Setakat ini tiada laporan kecederaan dilaporkan oleh media dan pihak berkuasa tempatan.

Sumber: NY Times, Sinar Harian