
“Asal Setiap Kali Bencana Alam Macam Ni, Akan Ada Makhluk Pandai-Pandai Menjelma Menjadi Tuhan”
Hujan lebat yang berlarutan sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan banyak kawasan terutamanya di semenanjung Malaysia ditenggelami dengan air. Malah, kawasan Lembah Klang antara yang terjejas teruk akibat bencana alam ini.
Bukan itu sahaja, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir setelah air Sungai Gombak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang berada pada paras bahaya melimpah.
Gerakan di Twitter, #DaruratBanjir telah menjadi trending dimana orang ramai terutama sekali mangsa banjir memuat naik keadaan terkini dan juga mengharapkan bantuan tiba.
Menurut Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah daripada Universiti Malaya selaku pakar meteorologi, curahan hujan kali pada kali ini empat kali ganda lebih banyak daripada biasa akibat tekanan rendah di tengah Semenanjung.
Tekanan rendah ini yang menjana hujan secara besar-besaran. Sekiranya sekadar ribut ribut petir biasa, hujan lebat hanya berlarutan selama beberapa jam sahaja.
Namun, dikala ramai yang ditimpa musibah, pasti ada dikalangan netizen di luar sana yang akan buat-buat pandai serta menggunakan kenyataan agama atau “penunggang agama” yang mengaitkan musibah yang melanda ini adalah disebabkan murka Allah.
Antara ayat yang biasa didengar adalah seperti “Allah bayar cash”. Ini yang diulas oleh seorang pengguna Facebook, Hafiz Muhammad tentang kenyataan mereka-mereka yang seperti lebih tahu dari Tuhan. Mari kita ikuti ulasan beliau.
Makhluk Pandai-Pandai Menjelma Menjadi Tuhan
Asal setiap kali bencana alam macam ni, akan ada makhluk pandai-pandai menjelma menjadi Tuhan.
Pertamanya paling jelas, kau bukan Allah. Jadi macam mana kau tahu Allah bayar cash? Mana pula term Allah hutang? Siapa yang pandai-pandai guna term Allah bayar cash? Bila Allah hutang, Allah ada turun firman kepada kau ke sampai kau tahu Allah bayar cash ni?
Keduanya, berhentilah kaitkan bencana alam ni dengan masalah ibadah. Kalah bodoh geografi mengaku saja bodoh geografi. Jangan tuduh Tuhan dalam masalah ni.
Untuk pengetahuan, masalah banjir ni bukan pertama kali berlaku. Berpuluh tahun dah, banyak faktor yang menyumbang. Kalau kau cakap punca solat jarak ni sebagai bala tuhan, jadi banjir sebelum ni solat rapat je, tapi banjir tetap berlaku. Aku sokong solat sekarang patut saf dah rapat, tapi takdalah aku kaitkan punca saf tak rapat sebagai punca kemarahan Tuhan turunkan banjir. Tahun 2015 banjir besar melanda beberapa negeri, masa tu solat saf rapat ke tak?
Yang ketiganya, kau mesti taktau Mekah pernah dilanda banjir besar kan? Tu kau nak cakap apa pula? Ujian? Bila kena musibah kat tempat kau tak suka kau tuduh bala Tuhan, bila kena tempat yang kau suka, kau kata ujian Tuhan. Sedangkan kau bukan Tuhan pun pandai-pandai nak mengagak semua ni.
Mekah tu lagi la pusat ibadah umat Islam, dulu panggung wayang, pusat hiburan semua mana ada tetap juga banjir.
Orang bijak bila musibah datang begini pertama dia akan memohon doa dari Tuhan agar dijauhkan musibah lagi teruk.
Lepas tu dengan akal yang dia ada, dia akan cari punca dan jalan untuk capai penyelesaian yang dapat menjauhkan dari kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
Cari Tuhan, bukan tuduh Tuhan. Firman dah sebut dah pun kerosakan bumi dari tangan siapa.
“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. Ar-Rum ayat 41.
Biar Tuhan buat kerja DIA, kau tak payah sibuk nak jadi PA Tuhan.
Sumber: Facebook Hafiz Muhammad
BACA: Masih Boleh Guna, Ini Tips Selamatkan Barang Elektrik Semasa Banjir
BACA: Imbas Kembali Peristiwa Banjir Besar Tahun 1971 Yang Melanda Kuala Lumpur