
Asal Penciptaan Kasut Tumit Tinggi Sebenarnya Untuk Lelaki Sebelum Menjadi Fesyen Wanita
Asal Penciptaan Kasut Tumit Tinggi Sebenarnya Untuk Lelaki Sebelum Menjadi Fesyen Wanita
Kasut dan wanita memang tidak boleh dipisahkan terutamanya kasut bertumit tinggi. Kebanyakan wanita lebih suka memakai kasut tumit tinggi atas sebab-sebab tertentu ini.
Kasut tumit tinggi membantu untuk membuat kaki kelihatan panjang dan seksi, terutamanya dengan pakaian yang pendek atau skirt.
Namun, di sebalik begitu sinonimnya kasut tumit tinggi dikaitkan dengan wanita, ia sebenarnya rekaan bagi kaum lelaki suatu ketika dahulu.
Kasut bertumit tinggi untuk lelaki sudah mula dipasarkan pada kurun ke-16. Mengikut laporan BBC News, sejarah pemakaian kasut bertumit sudah mula tercatat dalam kalangan masyarakat Parsi yang kini dikenali sebagai Iran.
Pada zaman itu, pemakaian kasut bertapak sebenarnya mempunyai tujuan tertentu.
Sejak tahun 1500-an lelaki di Parsi mula mengenakan kasut bertumit untuk kemudahan menunggang kuda, sekali gus memberikan keseimbangan pada askar yang mengenakannya.
Sekitar akhir abad ke-16, Raja Parsi, Shah Abbas mempunyai pasukan berkuda terbesar di dunia. Beliau berminat menjalin hubungan dengan raja-raja di Eropah Barat untuk membantunya mengalahkan musuh terbesar negaranya iaitu Empayar Uthmaniyah.
Penggunaan kasut bertumit dipercayai membantu askarnya berdiri tegap, sekali gus memberikan sasaran tembakan besar dan anak panah lebih berkesan.
Menarik perhatian bangsawan Eropah
Usaha itu kemudiannya membuatkan Eropah Barat tertarik sehingga mencetuskan fenomena baharu apabila gaya kasut lelaki bertumit mula menarik perhatian golongan bangsawan di negara itu.
Pemakaian kasut tumit turut menular dalam kalangan individu kebanyakan sehingga golongan bangsawan bertindak balas secara dramatik meningkatkan ketinggian kasut mereka dan tumit tinggi mula diperkenalkan.
Raja Perancis, Louis XIV suka menggayakan kasut tumit tinggi sehingga digelar raja tumit. Ketika era pemerintahannya, baginda meluluskan undang-undang bahawa hanya golongan bangsawan yang dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi.
Penggayaan kasut bertumit bagaimanapun, mula tenggelam menjelang abad ke-17 kerana kasut rekaan itu tidak mempunyai nilai utiliti.
Golongan wanita pula menjadi tertarik terhadap unsur-unsur maskulin dalam fesyen.
Penampilan wanita dengan kasut tumit cukup bergaya anggun menjadikan lelaki kian hilang minat terhadap rekaan kasut yang pernah dianggap penambah maskulin itu.
Pemakaian kasut bertumit mencecah 10 sentimeter menjadi kurang praktikal untuk pergerakan harian lelaki kerana strukturnya yang tinggi.
Berbeza pula dengan wanita, pemakaian kasut tumit yang diubah suai menjadikan ia sesuai dipadankan.
Lelaki mula memilih rekaan kasut lebih bergaya sederhana, bersegi, kukuh dan rendah, manakala tumit untuk kasut wanita menjadi lebih halus dan tirus.
Sumber: BH
BACA: Tradisi ‘Ikat Kaki’ Tanda Kekejaman Amalan Budaya China Pada Kaum Wanita
Trending now



