Kedai Konsep DC Comic A&S

A&S Tawar Diskaun Hingga 83 Peratus Sempena Pembukaan Kedai Konsep Tema Komik DC

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebagai peminat Superhero komik DC, pasti akan memiliki sekurang-kurangnya satu koleksi watak kegemaran.

Lazimnya, peminat akan kumpul koleksi seperti patung dan pelbagai merchandise berkaitan adiwira dan hanya diletakkan dalam almari kaca atau tempat khas sebagai tatapan.

Peminat juga boleh mengumpul koleksi adiwira menerusi barangan elektronik!

Membawa peminat merasai pengalaman pelbagai versi komik DC secara fizikal, pereka, pengeluar dan pengedar elektronik pengguna terkemuka di Malaysia A&S Distribution Sdn. Bhd. baru-baru ini telah membuka Kedai Konsep dan Pusat Servis Tema Komik DC.

Kini peminat DC boleh melihat semua produk A&S Distribution dalam bentuk kedai konsep yang dihiasi dengan patung Batman dan Wonder Woman seukuran manusia yang terletak di A1.01.05 Sunway GEO Avenue.

Kedai Konsep DC Comic A&S

Lebih menarik peminat komik DC dapat mencuba dan membeli pelbagai produk elektronik pengguna yang berjenama dengan adiwira kegemaran mereka seperti Batman, Superman, Wonder Woman, dan banyak lagi di kedai konsep.

Peminat boleh menemui item edisi terhad seperti A&S WW84 Cordless Automatic Hair Curler – produk yang telah mendapat pengiktirafan Innovation Awards daripada pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di dunia, program CES.

Kedai Konsep DC Comic A&S

Bagi meraikan pembukaan kedai konsep, A&S menawarkan diskaun sehingga 83% untuk pelbagai produk bermula 22 hingga 24 April 2021.

Hadiah percuma dan cabutan bertuah akan diadakandi kedai konsep pada tempoh ini juga. Jadi jangan lupa untuk kunjungi kedai konsep ini secepat mungkin sebelum promosi tamat.

Kedai Konsep DC Comic A&S

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai A&S, anda boleh melayari laman web di aandss.com atau mengikuti A&S di platform media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk informasi terkini.

BACA: A&S Perkenal Koleksi Produk Elektrik Edisi ‘Superhero’ Dengan Kerjasama DC Comics

BACA: A&S Perkenal Koleksi Barangan Elektronik Dengan Kerjasama Eksklusif DC