
A&S Perkenal Koleksi Produk Elektrik Edisi ‘Superhero’ Dengan Kerjasama DC Comics
A&S Perkenal Koleksi Produk Elektrik Edisi ‘Superhero’ Dengan Kerjasama DC Comics.
Mungkin ada dalam kalangan anda yang belum mengenali jenama A&S, namun dengan beberapa produk elektrik dan elektronik berinovasi baharu, pasti anda ingin memiliki produk daripada A&S ini.
A&S Distributin Sdn Bhd dengan kerjasama DC Comics menawarkan beberapa produk elektronik edisi superhero. Mengetengahkan produk elektronik edisi terhad di Pameran Konsep Wonder Woman, Ground Floor Center Atrium di SOGO KL pada 2 Oktober hingga 11 Oktober 2020.
Melalui acara berkenaan, antara superhero yang tampil pada rekaan produk elektronik keluaran A&S Distribution Sdn Bhd adalah Superman, Batman dan Wonder Woman.
Untuk pengetahuan semua, A&S Distribution Sdn Bhd merupakan pereka, pengeluar dan pengedar terkemuka produk elektronik di Malaysia. Sejak 2017, A&S tampil untuk mengubah produk elektronik sedia ada kepada rekaan serta fungsi yang lebih moden.
Jenama ini turut menjadi pilihan pembeli-pembeli muda yang dambakan keperluan elektronik rumah yang unik menerusi rekaan serta teknologi yang penuh dengan ciri inovatif.
Beberapa produk kolaborasi A&S dipamerkan yang pasti menarik perhatian peminat DC Comics:

Trending now



