
Artis Target Paling Mudah Untuk Sindiket Pengubahan Wang Haram Cuci Duit
Isu pengubahan wang haram dan cuci duit haram yang melibatkan beberapa individu bergelar Datuk Seri, Datuk dan beberapa artis popular tanah air nampaknya masih belum reda.
Yang terbaharu, dua orang pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah ditahan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, namun Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan – sama ada ditahan atas kes cuci duit atau pun kes lain.
Sumber wang haram:
- Perjudian
- Pelacuran
- Dadah
- Peras ugut
- Penipuan
Ada empat cara popular yang digunakan untuk mencuci duit haram:
- Berjudi di casino
- Mencampurkan dana dalam perniagaan sah
- Penstrukturan dana
- Jual beli hartanah
Baca lanjut mengenai empat cara popular di sini: ‘Kepala’ Sindiket Macau Scam Di Malaysia Ditangkap, Kenali Teknik Dan Sistem Jenayah Kolar Putih Ini
Selain daripada empat di atas, pihak-pihak ini bijak mencari peluang menggunakan populariti artis untuk mencuci duit haram.
Modus operandinya mudah, artis-artis ini akan ditawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan. Dengan usaha sama itu, ianya boleh mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan memperoleh keuntungan yang ‘halal’.
https://twitter.com/_IskandarDanial/status/1312927330499661824?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1312927330499661824%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fguna-populariti-artis-untuk-cuci-duit-haram-kes-macau-scam-ini-4-perkara-yang-korang-perlu-tahu-kalau-tak-nak-jadi-mangsa%2F
Teknik pelaburan dan perniagaan ini merupakan teknik yang sering digunakan sindiket bagi membersihkan hasil yang diperoleh melalui cara yang tidak sah biarpun ada antara perniagaan yang diusahakan tersebut tidak mempunyai pelanggan dan mampu menambah dan membuka cawangan lain. Kononnya bagi mengaburi ‘mata’ pihak berkuasa.
Kenapa tak masukkan ke dalam bank?
Prosedur bank yang banyak dan dikawal selia oleh Bank Negara dirasa menyusahkan menyebabkan mereka tidak akan memasukkan wang ke dalam bank sebaliknya lebih gemar menyimpan dalam bentuk wang tunai.
Kebiasaannya bank akan meminta pendeposit menjelaskan sumber wang berkenaan dengan dikawal selia oleh Bank Negara.

Makanya disebabkan itu jugalah sindiket ini lebih memilih melabur dalam mana-mana perniagaan atau membuka perniagaan denga artis menjadi target kambing hitam kerana populariti mereka yang boleh mengaburi mata rakyat dan pihak berkuasa.
Salah seorang pengguna Facebook, Zayed Zulkifli yang mempunyai pengetahuan belajar mengenai jenayah kewangan menjelaskan terdapatnya tiga peringkat pengubahan wang haram, iaitu:
- Placement
- Layering
- Integration
Placement
Di peringkat placement, sama macam yang diperjelaskan di atas tadi; sindiket akan mencari pintu untuk wang mereka dimasukkan ke dalam sistem ekonomi.
Dalam kes ini, sekiranya ‘kepala’ sindiket tidak bijak, mereka akan menunjukkan betapa banyaknya harta tunai yang dimiliki dan ini akan membawa kepada keraguan kepada pihak berkuasa.
Layering
Manakala di peringkat kedua iaitu layering, wang haram tersebut sudah pun memasuki pintu ekonomi secara sah. Di sini mereka akan memasuki dunia perniagaan yang sah.
Sekiranya perniagaan yang menjadi target tersebut tidak mengamalkan konsep KYC (know-your-customer), maka risiko untuk terpedaya dengan sindiket ini lebih besar.
Integration
Di peringkat ini, sindiket akan menjual semula aset-aset yang mereka peroleh secara haram dan sekiranya disiasat di peringkat ini, sumber kewangan yang didapati adalah sumber kewangan haram yang sudah pun dicuci secara sah.