
Arkitek Ini Kongsikan Senario PBT Lambat Lulus Pelan Renovasi Rumah
Dah masa nya kita cerita benda yang terang lagi bersuluh. Banyak dah cerita sebab masyarakat malas nak submit ke majlis bila buat rumah atau renovation. Nak tau kenapa?
TEMPOH PROSES KELULUSAN YANG SANGAT LEMBAP
Nak tambah tepi rumah 1 bilik, dekat 8 bulan baru nak lulus. By the time lulus pelan, harga barang dah naik. Mana orang tak geram. Itu baru renovation.
Sekarang ni kalau arkitek jumpa klien, cakap terus terang, nak buat rumah baru kelulusan paling kurang 1 tahun. Setahun weh. Lama tak? Klien terus turn off. Next month tengok dia buat secara haram dah. PBT nak buat apa?
Ini antara list senario yang aku sebagai arkitek biasa dengar dan hadap sendiri
1. Hari ni datang kaunter bincang pelan dengan officer A. Next datang officer B komen benda lain. Officer C pula mencelah, oh ni kena lagi 3, 4 kali datang lagi. Boleh gitu pula.
Ada klien tak percaya, aku pernah suruh pergi sendiri. Baru tahu macam mana susah. Bukan lebih mudah terus komen sekali jalan?
2. Kalau buat rumah baru, tempoh lulus kurang-kurang setahun. Dah lulus BP, nak issue borang B pula kena tunggu lulus.
Ai, borang B tu kan notification saja. Kenapa nak buat susah? Sangkut kat borang B saja dah sebulan dua. Jadi kiranya nak tunggu lulus buat rumah, kena tunggu dekat 1 tahun setengah. Lama ke tak?
3. Bila pelan lulus, cukai pula kena update resit baru. Bila dah update bagi resit baru, ada lagi komen.
Bila dah setelkan kena update resit balik pasal tunggu komen berminggu resit dah expired katanya perlukan yang paling latest.
4. Ada kes, bila tanya update, file hilang. Hilang weh. Dia rilek suruh print baru semua drawing balik. Start balik ok.
5. Ada juga claim kalau nak laju, pakai arkitek yang dah biasa buat dengan majlis tersebut.
Saya tanya arkitek mana? Oh kejap lagi saya message. Maknanya apa? Maknanya officer buat side bisnes pula.
Macam tu pun ada. Officer kautim dengan arkitek, bagi harga super murah. Macam tulah.
6. Officer in charge cuti. Tak ada kat meja. Kadang tu sampai 2 3 minggu tak ada. Katanya pergi umrah.
Sudahnya kalau pergi umrah, takkan kerja tak pass ke orang lain? Jem juga tunggu dia habis cuti semua baru nak dapat reply. Senang noh kerja.
7. Komen sekadar komen. Ini paling pelik. Pelan tak lulus. Komen yang dapat, “sila semak drawing”.
Dah semak tak ada komen. Benda boleh lulus tapi komen-komen vague macam ni yang kita pun tak tahu mana nak amend.
Waktu ni, aku rasa kena tengok drawing dekat alam sebalik mata baru nampak.
8. Ini paling best, surat lulus tu PBT backdate. Maknanya apa?
Maknanya kalau ini Mac 2023, dia akan tulis dalam surat tu pelan dah lulus Ogos 2022. Yelah nak lepas kan audit jabatan. Real story.
Apa yang PBT mahukan?
Macam ni lah. Aku sebagai arkitek memang selalu perjuangkan nak buat binaan, ikutlah peraturan.
Tapi sangatlah tak membantu jika pihak PBT sendiri yang buat susah dan menyusahkan orang yang nak ikut peraturan. Kalau klien insists nak buat secara haram, aku nak cakap macam mana lagi?
Apa keperluan untuk pegang drawing sampai lulus berbulan-bulan? PBT nak buat duit juga kan? Luluskanlah cepat, orang lebih ramai nak submit, dan PBT boleh collect segala cas yang patut dengan lebih cepat. Simple bisnes apa.
Ketahuilah kalau PBT cas RM2,000 pun untuk luluskan pelan tapi PBT boleh jamin lulus seminggu, beratur orang nak submit extend dapur. Cubalah. Boleh dapat bonus raya.
Aku akan suffer backlash punya on issue ni. Tak ada hallah. Kita tak perlu petik majlis mana yang teruk. Dalam kepala aku tau dah yang mana nombor 1, haha. Tapi kita biar sajalah.
PBT, masyarakat nak buat secara sah. Bukalah jalan. Jangan menyusahkan. Apa bendalah.
Aku, arkitek akan terus spread the awareness. Aku tanya balik, PBT nak berubah tak?
Sumber: Facebook Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli
Trending now



