Pasnagan Purba 6000 Tahun

Arkeologi Temui Rangka Pasangan Muda Purba Dalam Keadaan Berpegangan Tangan Hampir 6,000 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebut sahaja kisah cinta agung, ramai daripada kita akan menyebut kisah cinta antara Habibie dan Ainun, tak pun kisah cinta Romeo dan Juliet serta Shah Jahan dan Mumtaz.

Tapi tahukah anda ada kisah cinta yang lagi menarik iaitu kisah cinta ‘pasangan rangka’ yang dikatakan sudah berusia lebih 6,000 tahun?

Dikenali sebagai The Lovers of Valdaro, pasangan rangka ini ditemui ketika eskavasi di San Giorgio pada tahun 2007 berdekatan dengan Mantua Itali oleh ahli arkeologi.

Dijumpai dalam keadaan berpegangan tangan dan berpandangan dengan tangan memeluk satu sama lain menyebabkan ketua projek eskavasi ini, Elena Maria Menotti terpesona hingga menangis melihatkan cinta agung manusia yang dianggarkan berusia tidak lebih daripada 20 tahun (18-20 tahun) dalam tempoh masa 6,000 tahun.

Pasangan Purba 6000 Tahun 1

Disimpan di Muzium Arkeologi Nasional Mantua, Itali, pasangan purba yang berketinggian tidak lebih daripada 5 kaki 2 inci ini ditemui bersama alatan batu, iaitu rangka lelaki ditemui dengan panah batu berhampiran leher, manakala pada rangka wanita tersebut dijumpai pisau batu panjang di sepanjang pehanya dan dua pisau batu di kawasan pelvis (bahagian di bawah tulang belakang).

Pasangan Purba 6000 Tahun

Walau bagaimanapun, pemeriksaan osteologi (kajian struktur dan penyakit tulang) mendapati tiada bukti kematian ganas ditemui; tiada patah tulang, tiada trauma kecil sehinggakan penjelasan yang paling mungkin mereka lakukan ialah berkemungkinan besar alat-alat batuan tersebut dikuburkan bersama mereka sebagai grave good (hadiah pengebumian).

Dipaparkan buat pertama kali pada September 2011 di pintu masuk Muzium Arkeologi Nasional Mantua, Itali atas usaha pasukan ‘Lovers in Mantua’ yang mencari rumah kekal bagi setiap pasangan purba yang mereka jumpai.

Pasangan Purba 6000 Tahun 2

Tujuh tahun selepas penemuan ini, pasangan purba ini dipamerkan secara kekal di muzium tersebut di dalam satu bekas kacayang berada dalam perimeter Istana Ducal di Mantua.

Sumber: Wikipedia, Atlas Obscura

 

Sempena tayangan Terminator nanti, tonton trivia siri ini.

Trivia Terminator

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI