
Arab Saudi Umum Buka Semula Makkah 31 Mei Ini
Arab Saudi umum akan buka semula Makkah bermula 31 Mei ini dengan syarat operasi yang lebih ketat bagi membolehkan penduduk kembali kepada kehidupan biasa namun dengan norma baharu.
Akan melaksanakan dua fasa pelan penyesuaian dengan membenarkan proses keluar masuk Makkah dilakukan dari jam enam pagi hingga tiga petang.
BACA: Arab Saudi Naikkan VAT Tiga Kali Ganda, Henti Pemberian Elaun Bulanan Rakyat
Fasa kedua yang akan bermula pada 21 Jun ini akan membenarkan penduduk Makkah untuk berada di kawasan awam bermula jam enam pagi hingga lapan malam.
Manakala solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada.
Namun perniagaan seperti kafe dan kedai gunting rambut masih lagi belum dibenarkan beroperasi, manakala majlis perkahwinan dan pengebumian hanya boleh dihadiri maksimum 50 orang.
6 Mac lalu, Arab Saudi mengumumkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan ditutup sejam selepas solat Isyak dan akan dibuka sejam sebelum solat Subuh setiap hari sebagai langkah mencegah wabak COVID-19 di sana.
Turut menggantung kesemua lawatan umrah termasuk bagi warga penduduknya pada 4 Mac lalu, operasi pembersihan secara meluas itu merupakan satu langkah yang belum pernah diambil sebelum ini dan sebagai langkah pencegahan sementara.
Sehari kemudian, kerjaan itu mengumumkan kawasan tawaf di Masjidil Haram dibuka semula untuk jemaah bukan umrah dengan penekanan kepatuhan pada prosedur pencegahan daripada semua pekerja Masjidil Haram untuk melayani pelawat.
Mulai Ahad lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara itu dilonggarkan dari jam sembilan pagi hingga lima petang, kecuali Makkah dan kawasan yang sebelum ini melalui fasa kuarantin.
Sumber: Berita Harian
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.