
Arab Saudi Benarkan Pelancong Lelaki Dan Wanita Bangsa Asing Berkongsi Bilik Hotel
Akhir September lalu, kerajaan Arab Saudi melalui Konsulat dan Kedutaan Besar Arab Saudi telah mengumumkan untuk pertama kalinya pelancaran visa pelancongan baharu ke Arab Saudi kepada 49 buah negara.
BACA: Visa Pelancong Arab Saudi: Apa Yang Anda Perlu Tahu
Berhubung dengan perkara tersebut, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan pelonggaran beberapa perkara antaranya pelancong wanita tidak lagi diwajibkan memakai abaya tetapi memerlukan pemakaian secara sopan.
Terbaharu, kerajaan Arab Saudi memberitahu mereka membenarkan lelaki dan wanita berbangsa asing untuk berkongsi bilik hotel tanpa perlu membuktikan hubungan mahram bagi menarik pelancong.
Tindakan itu turut memudahkan wanita yang mengembara ke sana secara bersendirian selain daripada membolehkan pasangan yang tidak berkahwin menginap bersama ketika berada di sana.
Perkara yang disahkan oleh Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi ini turut diguna pakai untuk wanita tempatan yang dibenarkan untuk menyewa bilik secara bersendirian dengan memberikan pengenalan diri ketika mendaftar.
Sumber: Harian Metro
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2UU4qugLqD/
Trending now



