
Apple TV+ Tawar Langganan Serendah RM19.90 Sebulan Bermula November Ini
Apple pada hari ini telah melancarkan beberapa produk baharu mereka di California. Beberapa produk yang dilancarkan seperti tiga model iPhone baharu: iPhone 11, iPhone Pro dan iPhone 11 Max, Apple TV+, Apple Arcade, Apple Watch siri ke-5 dan iPad siri ke-7.
Kita sedia maklum, Apple cukup terkenal dengan tidak pernah menawarkan barangan percuma serta pada harga yang rendah. Apa yang menarik perhatian kami ialah penawaran penstriman video Apple TV+ yang mana ia menawarkan harga langganan sebanyak RM19.90 sebulan di Malaysia dan boleh dikongsikan sehingga 6 orang ahli keluarga.

Apple TV+ menawarkan kandungan video eksklusif berbentuk filem, rancangan televisyen, dokumentari dan sebagainya sekali gus menjadi saingan untuk platfrom penstriman video yang lain seperti Netflix, iFlix dan termasuklah Disney+.
Pengguna boleh mengakses perkhidmatan berkenaan melalui aplikasi Apple TV di iPhone, iPad, Apple TV, iPod Touch, Mac dan beberapa platform lain. Apple TV+ akan ditawarkan kepada pengguna di seluruh negara bermula 1 November ini.
Apple turut menawarkan langganan percuma Apple TV+ selama setahun kepada pembeli kesemua model iPhone, iPad, iPad Touch, Mac dan Apple TV bermula selepas pelancaran hari ini. Pengguna boleh menebus tiga bulan selepas pembelian dilakukan.
Sumber: Amanz
Macam ini rupanya dibalik tabir permainan video.
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.